Thursday, 14 March 2013
Saturday, 9 March 2013
TAZKIRAH MAGHRIB
PROGRAM BINA INSAN : TAZKIRAH MAGHRIB
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB- SOLAT ISYAK
HARI : SETIAP MALAM (ISNIN -AHAD)
PENCERAMAH: GURU - GURU SHAKS (BERJADUAL)
Tazkirah Maghrib merupakan salah satu pengisian rohani yang dirancang oleh Unit Bina Insan kepada murid- murid SHAKS bagi melahirkan modal insan yang berkualiti berwatak insani .Tazkirah ini disampaikan oleh guru - guru SHAKS yang berwawasan tinggi dan komited secara bergilir mengikut jadual .
Unit Bina Insan SHAKS merakamkan ucapan terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan.
TAZKIRAH MAGHRIB
TARIKH: 2 MAC 2013
Monday, 4 March 2013
SHAKS terpilih mewakili Kuantan ke Program Pembinaan Bakat Tunas Remaja 1 Malaysia 2013
Pada 1 hingga 3 Mac 2013, Jabatan Pelajaran Pahang telah mengadakan Program Pembinaan Bakat Tunas Muda (SR) dan Tunas Remaja (SM) 1 Malaysia, bertempat di Hotel Seri Malaysia, Temerloh. Semua Pejabat Pelajaran Daerah di negeri ini menghantar wakil seramai empat orang murid SR dan 4 orang murid SM bagi menimba ilmu pengetahuan tentang aspek penulisan kreatif. Kursus anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Tengah ini mendapat sokongan padu daripada Jabatan Pelajaran Pahang.
Tiga orang pelajar yang sangat bertuah itu ialah Syed Amri Izzudin bin Syed Kamaruddin, Ahmad Azim bin Sukarno dan Mohammad Qiwamuddin bin Hamdan (Kelas 4 IB). Mereka bukan sahaja berpeluang menimba ilmu dalam bidang penulisan kreatif seperti puisi dan cerpen, malahan turut mendapat kenalan baru dari sekolah-sekolah seluruh negeri Pahang Darul Makmur. Kursus yang berlangsung itu telah dibimbing oleh penyajak terkenal, iaitu Masli N.O. dan penulis cerpen Zarina Ibrahim. Peserta-peserta kursus turut diberi peluang menghasilkan karya masing-masing dan menghantar kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekiranya hasil penulisan kreatif mereka menepati kriteria yang ditetapkan, pihak Editor Majalah seperti Dewan Siswa dan Dewan Masyarakat akan menerbitkan karya mereka untuk tatapan umum.
Guru Pengiring, Encik Akhirruddeen Awang selaku Penasihat Persatuan Bahasa Melayu bukan sahaja berpeluang menjadi Guru Pengiring bagi program tersebut, malahan semua guru pengiring yang hadir pada program tersebut mendapat manfaat berganda apabila mereka dibimbing dalam Klinik Pemantapan Komponen Sastera (KOMSAS) selama tiga hari berkenaan.
Pada majlis penutupan rasmi yang disempurnakan oleh Haji Abdul Raof bin Haji Jali, Ketua Sektor Kemanusiaan dari Jabatan Pelajaran Pahang, beliau berharap bakat yang digilap selama tiga har itu akan dapat melahirkan penulis atau pengkarya seni kreatif yang boleh dibanggakan. Sebelum itu, dalam ucapan alu-aluannya, Puan Hajah Che Zainab bt Omar, selaku Pengarah DBP Wilayah Tengah, sangat berharap agar jalinan kerjasama antara DBP dengan JPN dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi faedah bersama. Sebelum menutup ucapannya, Pengarah DBP Wilayah Tengah menzahirkan rasa bangga dan terima kasihnya kepada pihak Jabatan Pelajaran Pahang atas jalinan kerjasama yang sangat padu.
Sunday, 3 March 2013
KURSUS ASAS SAHIBBA 2013 - Berjaya capai objektif !
Inisiatif untuk menjadikan mata pelajaran Bahasa
Melayu sebagai sesuatu yang menarik boleh dipelbagaikan. Aktiviti permainan
bahasa seperti Teka Silang Kata (Sahibba) berupaya merangsang dan mengekalkan
minat agar murid-murid suka akan mata pelajaran Bahasa Melayu secara
berterusan. Kegiatan berpersatuan sebenarnya merupakan aktiviti serampang dua
mata agar selari dengan proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penggemblengan seluruh tenaga guru
Bahasa Melayu untuk mempelbagaikan aktiviti dalam Persatuan Bahasa Melayu telah
dirancang secara berterusan agar prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu yang sedia
ada akan terus dilonjakkan sehingga mencapai 100 lulus A.
Persatuan Bahasa Melayu berasa amat bertuah apabila pihak pentadbiran SHAKS meluluskan peruntukan bagi pengnjuran Kursus Asas Sahibba ini. Kursus ini
julung-julung kalinya diadakan untuk mencapai beberapa objektif seperti menimbulkan
minat yang mendalam terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu melalui aktiviti
permainan bahasa, Sahibba. Selain itu, kursus ini yang dirancang secara
berfokus diharapkan akan dapat memperkaya kosa kata dan laras bahasa
murid-murid. Pada masa yang sama, kursus ini berupaya untuk menjalinkan
kerjasama antara guru dengan murid agar perasaan kesepunyaan dan kolaboratif
dapat disemai. Akhirnya kursus ini diharapkan akan berjaya meningkatkan
peratusan kuantiti dan kualiti dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada semua
peringat. Penganjuran kursus ini juga bertujuan untuk menyediakan peserta agar
dapat mewakili sekolah dalam pertandingan Sahibba ke peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.
Kursus
Asas Sahibba telah diadakan pada 22 Februari 2013 (Jumaat) mulai jam 2:45
hingga 5:30 petang. Seramai 70 orang murid, lapan orang guru dan seorang staf
sokongan telah berjaya mengikuti kursus ini sehingga selesai. Kursus ini telah
mendapat kerjasama daripada Pusat Sumber SHAKS dan telah diadakan di Pusat Sumber SMK Sultanah Hajah Kalsom, Kuantan. Para peserta
kursus telah didedahkan dengan peraturan dan cara bermain Sahibba dengan betul. Undang-undang permainan telah menyedarkan murid-murid bahawa permainan
ini mesti dikuasai sepenuhnya bagi mencapai kejayaan. Penggunaan Kamus Dewan
sebagai rujukan utama memberikan peluang kepada murid-murid untuk memperkaya
kosa kata mereka sekali gus minat menggunakan kamus sebagai sumber rujukan menjadi lebih meluas.
Kursus ini telah dibimbing oleh dua
orang guru Bahasa Melayu, iaitu Puan Mastura bt Mohamed dari SMK Paya Besar dan
Puan Sarimah bt Mohamad Nor dari SK Sungai Isap, Kuantan. "Saya dan Puan Zainurah Mohammad, selaku penasihat Persatuan Bahasa Melayu dan merangkap pengelola
berasa sungguh bertuah kerana sepanjang kursus ini berlangsung, dua orang
fasilitator dari SMK Paya Besar sudi membantu", kata Cikgu Akhirruddeen Awang yang juga sebagai Munsyi Dewan di sekolah itu. Kursus ini turut dibantu oleh dua fasilitator dari SMK Paya Besar. Salah seorang fasilitator
tersebut merupakan peserta Johan peringkat Daerah Kuantan 2012 dan mendapat
tempat ke-6 dalam pertandingan peringkat negeri Pahang Darul Makmur yang
didakan pada bulan Jun 2012 di SMK Gali, Raub.
Semasa
kursus ini berlangsung, murid-murid telah menyedari bahawa banyak lagi entri
atau perkataan yang tidak diketahui. Justeru, penggunaan Kamus Dewan seharusnya
dijadikan rujukan utama sepanjang masa. Walau bagaimanapun, masih ada ruang
untuk memantapkan pengetahuan murid-murid tentang permainan Sahibba dan
diharapkan murid-murid akan menanam minat dalam diri mereka untuk bermain
Sahibba sebagai permainan altelnatif yang menyeronokkan.
Kebanyakan
peserta yang terlibat dengan kursus pada kali ini begitu asyik mempelajari ilmu
Sahibba sehingga melewati waktu yang ditetapkan (4:30 petang). Sama ada murid atau
guru, mereka berasa kurang puas kerana masa berlalu sangat pantas dan pada
pendapat mereka kursus ini seharusnya mengambil masa yang lebih panjang. Walau
bagaimanapun, secara keseluruhannya semua peserta kursus berasa seronok dengan pendedahan kursus ini dan
berharap banyak lagi ilmu yang dapat dikongsi dari semasa ke semasa.
Sebagai kesimpulannya, pihak
pengelola kursus ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pentadbiran sekolah, khususnya Tuan Pengetua, Haji Abdul Rahim bin Mohd
Yunus kerana telah meluluskan peruntukan yang agak besar bagi melaksanakan
kursus ini. Semoga kursus seumpama ini akan dapat diadakan pada masa akan
datang demi faedah bersama.
Bahasa Jiwa Bangsa !
Saturday, 16 February 2013
PENGURUSAN MASA YANG BERKUALITI
PROGRAM BINA INSAN 2013
Tuesday, 12 February 2013
SELAMAT DATANG
Tuesday, 22 January 2013
PELANCARAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
SEMPENA PELANCARAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
SHAKS : ProKAS
SHAKS mempunyai wawasan yang tinggi untuk melahirkan murid yang mempunyai pendidikan berkualiti melalui pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan disokong oleh program akademik yang strategik.
TARIKH : 15 JAN 2013 (SELASA)
SENTUHAN GEMILANG 2013
SEMOGA SENTUHAN PERTAMA INI MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK
MENCIPTA KEJAYAAN LEBIH HEBAT, INSYAALLAH
TINGKATAN 3 : 8 JAN 2013 (SELASA)
TINGKATAN 5 : 14 JAN 2013 (SELASA)
PROGRAN KECEMERLANGAN AKADEMIK MUZAKARAH
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
MUZAKARAH DAN AKUJANJI PMR DAN SPM 2013
SEMOGA SEMUA CALON 2013 MEMPEROLEH KEJAYAAN CMERLANG
TINGKATAN 3: 11 JAN 2013 (JUMAAT)
TINGKATAN 5 : 18 JAN 2013 (JUMAAT)
Subscribe to:
Posts (Atom)





