-->
SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

Pages

  • HOME
  • DOA-DOA
  • TIP-TIP
  • Koleksi Soalan PMR dan SPM
  • FASILITI DI SEKOLAH

TIP-TIP

7 PANDUAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN


Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini seperti pepatah masa itu emas. Oleh sebab itu, kita janganlah membuang masa kita dengan begitu sahaja. Kehidupan kita hendaklah diatur dengan rapi dan teratur supaya masa yang sedia ada itu tidak dibuang dengan begitu sahaja. Selain itu, latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.


Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.


Tentukan keutamaan


Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.


Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.


Banyak mengingat dan membuat kaitan


Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran. Selain itu, pelajar boleh bangun pada waktu pagi misalnya pada pukul 3 pagi. Pada waktu itu adalah waktu yang paling sesuai untuk pelajar membuat ulang kaji. Pada saat itu juga otak kita semua masih segar dan boleh menerimanya dengan lebih pantas. Pelajar juga boleh mendirikan solat tahajjud pada waktu itu dan banyakkanlah berdoa kepada Allah S.W.T. agar kita tidak lupa semasa peperiksaan telah diadakan.


Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.


Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan:

1) Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa hari ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.


2) Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah. Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Berselawatlah banyak-banyak jika anda berasa begitu gementar semasa berada dalam dewan pepriksaan. Sekurang-kurangnya selawat sebanyak 3 kali. Ini dapat menenangkan hati anda. Kemudian, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel.

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.


3) Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.


Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah S.W.T. tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan. Pada waktu lapang pula, anda boleh mengerjakan solat sunat seperti solat hajjat, solat tahajjud dan sebagainya. Moga-moga dengan segala usaha dan doa dapat dimakbulkan oleh Allah S.W.T.


Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.


p/s: Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, murid-murid akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti. Insyallah kejayaan sentiasa ada untuk orang yang terus berusaha. Marilah kita beramai-ramai berdoa untuk para pelajar yang menghadapi peperiksaan dapat menjawab dengan hati yang tenang. Kami sentiasa mendoakan kejayaan pelajar-pelajar. Amin!!
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Jumlah Pelawat

Every second counts :)


Admin SHAKSBITES

Admin 1, Ivanna Natasha Azmi.
Admin 2, Nur Afifah Izyan.
Admin 3, Syahirah Mahmud Zuhri.
Admin 4, Nur Atiqah Zakaria.

SHAKS ATTACK

SMK Sultanah Hajjah Kalsom
Bandar Damansara Kuantan,26100 Kuantan Pahang Darul Makmur. Tel:609.560.277 Fax:609.567.1620
View my complete profile

widgets

Anugerah SHAKS.

2008
-Johan World Robotic Olympiad Yokohama, Jepun
-Johan Jalan Lasak Kor Kadet Polis
-Tempat Ketiga Pertandingan Waja Diri Silat Cekak Ustaz Hanafi Peringkat Kebangsaan
-Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kurikulum Peringkat Kebangsaan
-Anugerah Kecemerlangan Dan Biasiswa Shell 2008
-Johan Kraf Khemah Peringkat Daerah
-Johan Malam Kebudayaan Peringkat Negeri
-Johan Kawad Kaki Kor Kadet Polis
-Saintis Muda Karnival Sains dan Teknologi
-Kempori Pengakap Peringkat Daerah
-Naib Johan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan
-Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki PBSM
-Tempat Ketiga Masakan Bermenu

2009

-Johan Kereta Solar Karnival Sains & Teknologi
-Johan Keseluruhan Kempori Pengakap
-Johan Kategori Perempuan Kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Negeri
-Johan Saintis Muda (Karnival Sains & Teknologi)
-Johan Roket Peringkat Negeri
-Johan Sasaran Tepat Teknologi Pelancaran Roket
-Johan Nadwah Kepimpinan Islam ( Lelaki&Perempuan)
-Johan Robotik Peringkat Negeri
-Naib Johan Nasyid Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Daerah
-Naib Johan Ragbi (SEMSAS 7's) Peringkat Kebangsaan
-Tempat Ketiga & Keempat Catur ASAT
-Tempat Ketiga Bahas Parlimen Peringkat Negeri
-Tempat Ketiga Sayembara Puisi Merdeka
-Tempat ke-13 F1 in school region
-Anugerah Khas Peserta Tokoh Asrama ASAT

2010

-Johan Robotik Kategori Terbuka Peringkat Negeri
-Johan Robotik Katergori Regular Peringkat Negeri
-Johan Robotik Peringkat Kebangsaan (mewakili negara ke World Robotic Olympiad di Manila, Filipina)
-Best Team Award Robotic Peirngkat Negeri
-Best Mentor Award Robotic Peringkat Negeri
-Best Mentor Award Robotic Peringkat Kebangsaan
-Tempat ketiga Sajak 1 Malaysia Peringkat Negeri
-Naib Johan Menembak Lelaki & Perempuan Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Daerah
-Naib Johan Roket Peringkat Negeri
-Tempat Ketiga Inovasi Sains Peringkat Negeri
-Tempat Ketiga Pertandingan Waja Diri Silat Cekak Ustaz Hanafi

Islamic Quotes

''Allah does not judge you on how bad you have been in the past, but rather on how good you strive to be now''
''It may happen that you hate a thing which is good for you, and it may happen that you love a thing which is bad for you. Allah know it, you know not'' -alBaqarah:216
''Knowing that Allah, knows our condition, gives us patience with Allah's decision''
''When you feel all alone in this world. And there's nobody to count your tears. Just remember, no matter where you are Allah knows!''
''To completely trust in God is to be like a child who knows deeply that even if he does not call for the mother, the mother is totally aware of his condition and is looking after him''
''Taqwa of Allah is giving up what Allah has forbidden and performing that which He made obligatory''

Blog Archive

  • ▼  2015 (1)
    • ▼  June (1)
      • ▼  Jun 27 (1)
        • Salam Ramadhan 1436/2015
  • ►  2014 (4)
    • ►  August (4)
      • ►  Aug 12 (4)
  • ►  2013 (20)
    • ►  July (1)
      • ►  Jul 23 (1)
    • ►  June (1)
      • ►  Jun 23 (1)
    • ►  April (1)
      • ►  Apr 08 (1)
    • ►  March (5)
      • ►  Mar 16 (1)
      • ►  Mar 14 (1)
      • ►  Mar 09 (1)
      • ►  Mar 04 (1)
      • ►  Mar 03 (1)
    • ►  February (3)
      • ►  Feb 16 (2)
      • ►  Feb 12 (1)
    • ►  January (9)
      • ►  Jan 22 (3)
      • ►  Jan 21 (5)
      • ►  Jan 20 (1)
  • ►  2012 (12)
    • ►  December (2)
      • ►  Dec 19 (1)
      • ►  Dec 11 (1)
    • ►  September (1)
      • ►  Sept 21 (1)
    • ►  July (2)
      • ►  Jul 01 (2)
    • ►  April (1)
      • ►  Apr 14 (1)
    • ►  March (1)
      • ►  Mar 17 (1)
    • ►  February (1)
      • ►  Feb 16 (1)
    • ►  January (4)
      • ►  Jan 27 (1)
      • ►  Jan 16 (1)
      • ►  Jan 15 (1)
      • ►  Jan 07 (1)
  • ►  2011 (17)
    • ►  December (3)
      • ►  Dec 31 (1)
      • ►  Dec 22 (1)
      • ►  Dec 20 (1)
    • ►  November (7)
      • ►  Nov 18 (1)
      • ►  Nov 14 (1)
      • ►  Nov 12 (1)
      • ►  Nov 11 (1)
      • ►  Nov 04 (1)
      • ►  Nov 03 (1)
      • ►  Nov 02 (1)
    • ►  October (7)
      • ►  Oct 26 (1)
      • ►  Oct 25 (1)
      • ►  Oct 20 (1)
      • ►  Oct 13 (1)
      • ►  Oct 10 (3)

Labels

  • Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu (2)
  • Bicara Bahasa (1)

Jadual Waktu Solat.

Our facebook

Facebook

Syahirah Mahmud Zuhri likes

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOMSMK SULTANAH HAJJAH KALSOM
Create your like badge

Over The Rainbow (Glee Version)

dreams are meant to be dreamed...our will are always borned by dreams itself..and maybe..somewhere over the rainbow,where the skies are blue,and the dream that you dare to dream really do...come true ^_^

Followers

Powered by Blogger.