Tuesday, 12 August 2014


CERAMAH SEMPENA BULAN RAMADHAN 

TARIKH  : 7 JULAI 2014 (ISNIN)

TEMPAT : DEWAN PERDANA ABU BAKAR AS-SIDDIK, SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM

PENCERAMAH  : ABDUL ZAKI BIN MD ZIN (KADI DAERAH KUANTAN)

 Ustaz  Abdul Zaki sedang menyampaikan ceramah kepada warga SHAKS



Warga SHAKS sedang menghayati ceramah yang disampaikan oleh penceramah


PROGRAM MUZAKARAH ~  4 JULAI 2014 (JUMAAT)

Program muzakarah merupakan program tahunan yang diadakan setiap tahun  dalam usaha meningkatkan prestasi dan pencapaian murid-murid SHAK melalui perbincangan professional antara pihak sekolah dengan  ibu bapa.
Matlamat program ini adalah untuk memberi semangat dan kesedaran kepada pelajar bahawa mereka adalah harapan kepada ibu bapa dan pihak  sekolah. Semua pihak   memberi sokongan  yang tidak berbelah bagi kepada mereka dalam mengejar kejayaan dalam  pelajaran.
Antara objektif program ini ialah supaya para pelajar akan lebih  bersemangat dan bermotivasi untuk belajar bersungguh sungguh kerana guru-guru dan ibu bapa memberi  sokongan  yang tidak berbelah bagi pada mereka dengan kehadiran dalam program ini. Selain itu, dengan usaha dan dorongan ibu bapa dan guru-guru, diharap pelajar akan berasa lebih yakin dan bersungguh sungguh dalam menghadapi peperiksaan. Objektif yang seterusnya adalah untuk mewujudkan hubungan yang baik dan kondusif antara para pelajar dengan ibu  bapa dan guru-guru. 
            Diharapkan melalui program ini dapat meningkatkan jalinan perhubungan antara  pihak sekolah dan ibu bapa bagi kepentingan akademik dan sahsiah para pelajar. Selain itu, diharapkan agar  aktiviti ini mendapat keberkatan dari-Nya dan akan dapat berjalan dengan lancar serta   mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak.Segala dorongan, sokongan dan kerjasama  yang diberikan amat dihargai didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Taklimat kecemerlangan akademik oleh Pn. Tn. Sh. Rasidah Binti Sy. Abdullah

Sesi konsultasi antara penjaga dengan guru mata pelajaran 

         

SUKAN TAHUNAN SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM TAHUN 2014

TARIKH  : 22 JUN 2014 (AHAD)

TEMPAT : PADANG SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM


Tuan Haji Azhari Bin Tauhid (Pengetua cemerlang)
sedang menyampaikan  ucapan kepada warga SHAKS.

Pasukan pembarisan ( WAJA)

Pasukan pembarisan( WIRA)

Pasukan pembarisan ( PUTRA)

Pasukan pembarisan( PERDANA)



 Antara acara yang berlangsung bagi kategori lelaki 


Penyampaian hadiah  oleh pengetua kepada pasukan wira

Penyampaian hadiah oleh YDP PIBG kepada para pemenang

PROGRAM PENETAPAN TARGET SPM 2014 ~ 10 JANUARI 2014

Bacaan ikrar oleh murid-murid tingkatan lima



 Sesi menandatanganani borang target di hadapan pentadbir

 Slot motivasi bersama En. Abdullah Sani Bin  Abd Rahman

                        Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sedang mengikuti taklimat yang
                        disampaikan oleh pengetua


  

Tuesday, 23 July 2013

BCCC CARNIVAL 2013 "KNOW YOUR PEOPLE, KNOW YOUR COUNTRY"

        On the 15th of June 2013, SMK Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS) held their very first District Level Carnival on Malaysian Art and Culture themed "Know Your People, Know Your Country". This carnival was held as part of the British Council Connecting Classrooms (BCCC) project. The aim of this project was to increase students' awareness on the diverse tradition and culture found in Malaysia which makes it a unique country.

      The teachers and the students of SHAKS were very cooperative in making this event a great success. Students presented their booths to external judges, Mr. Sivanandan Sundralingam from IKIP and Pn. Sharipah Zaherah Syed Hamid from Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Pahang. The judges were extremely impressed with the work of the students and promised to come again if invited. The event was officited by Pn. Faudziah Abd Rahman from the District Education Office. 

     I would like to take this opportunity to compliment and thank the administrators for supporting this event and the teachers and students of SHAKS for cooperating in making this event a great success.











Sri

Sunday, 23 June 2013

Makluman Cuti Sekolah pada 24 June

PERHATIAN!
Berdasarkan keadaan jerebu di kuantan semakin teruk,dengan ini dimaklumkan bahawa SEMUA SEKOLAH DI DAERAH KUANTAN diarahkan CUTI (CUTI BERGANTI) pada HARI ESOK 24 JUN 2013. Tarikh gantian akan dimaklumkan kemudian. Pihak sekolah diminta menyebarkan kepada ibubapa/ penjaga. sekian TQ. Sebarang kemusykilan sila hubungi TPPD, En Mohd bin Bakar dari UiCT PPD KTN.

Bagi pelajar yang duduk asrama, anda boleh balik pada Isnin petang esok. Harap maklum. 

Monday, 8 April 2013

Karnival Puteri Islam Peringkat Daerah Kuantan 2013


Pada 6 April 2013 baru-baru ini, SHAKS telah menghantar 7 orang pelajar dari Unit Beruniform Puteri Islam untuk mewakili sekolah untuk karnival ini. 

 Tuan rumah karnival; SMK Tengku Afzan
Masa; 7.30 pagi-5.00 petang

Dua jenis pertandingan yang telah dipertandingkan ialah; Pertandingan memasak dan pertandingan pidato.
Bagi pertandingan memasak, terdapat tiga kategori iaitu;
1. Kategori A (Tingkatan 5/4) - Menu: Minum petang
2. Kategori B (Tingkatan 3) - Menu: Makanan tengahari
3. Kategori C (Tingkatan 1/2) - Menu: Sarapan pagi.

Guru pengiring; Puan Julianti Kassim, Puan Aisyah Ishak dan Puan Naimah Saad.


Puan Aisyah memberi tips masakan!


Peserta dari SHAKS

Puan Naimah, hakim masakan sekolah rendah.

Puan Julianti, kem komander.

Hakim sekolah menengah

Pelajar SHAKS~
Alhamdulillah, SHAKS telah memenangi tiga acara daripada empat yang telah disertai!

Bagi pertandingan pidato, saudari Nur Atiqah Zakaria (5AF) telah berjaya mendapat tempat pertama!

Manakala, pertandingan memasak, kategori A, Ivanna Natasha Azmi (5AF) dan Hawa Faqihah Kamarudin (5AF) telah berjaya mendapat tempat ketiga!

Kategori C pula, Nurul Jannah Mohd Saidi (2IA) dan Nur Faziehan Samudi (2AF) juga berjaya mendapat tempat ketiga!


Tahniah diucapkan kepada peserta semua! Semoga kejayaan ini berterusan dan setiap kelemahan yang ada harus kita baiki. Sedikit demi sedikit. Insya-Allah!

p/s: Hari ini SHAKS menghantar pasukan Bomba di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah dan pasukan Kadet Polis di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Ahmad Shah untuk perkhemahan daerah. Dan pasukan bola sepak yang akan bertanding di SM Vokasional Kuantan. Ayuh kita doakan kejayaan mereka semua dalam setiap acara. Bring glory home, guys!