Perkhemahan
Bersepadu Unit Beruniform SMK Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan telah berlangsung
dari 15 hingga 17 Mac 2013 di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Pandan,
Kuantan. Pada kali ini seramai 207 orang anggota kadet daripada Pengakap, Kadet
Polis, Kadet Bomba dan Penyelamat, Pandu Puteri, Pueri Islam dan Kadet Remaja
Sekolah telah berjaya merealisasikan
objektif perkhemahan. Kem Komandan, Encik Asyarf Luqman dan Tuan Syed Haniff
telah dibantu oleh lapan orang fasilitator yang juga terdiri daripada alumni
SHAKS. Pada masa yang sama, kebanyakan aktiviti yang dijalankan semasa
perkhemahan ini dikawal selia oleh jurulatih bertauliah Pusat Kokurikulum SHAH
yang diketua oleh Encik Sapiee Meon selaku Ketua Unit berserta anak buahnya.
Antara objektif
perkhemahan pada kali ini adalah untuk mencungkil bakat kepimpinan pelajar,
melatih sikap bertanggungjawab dan menanam sikap kekeluargaan serta kerjasama
dalam ahli kumpulan. Selain itu, perkhemahan pada kali ini berhasrat untuk
membentuk ketahanan fizikal dan mental para kadet agar mempunyai sikap berdaya
saing dalam menempuh pelbagai cabaran kehidupan. Setiap kadet yang menyertai
perkhemahan ini berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang sangat mencabar seperti
kembara di hutan, berkayak, ‘wall climbing’ dan permainan ‘paint ball’, Setiap
pasukan juga terlibat dalam pelbagai aktiviti yang berbentuk pertandingan
seperti kawad kaki, masakan rimba, persembahan malam kebudayaan dan khemah
terbaik.
Tuan
Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus selaku Pengetua berharap para kadet dapat
menimba pelbagai pengalaman melalui kepelbagaian aktiviti yang disediakan
sepanjang perkhemahan pada kali ini. Pada masa yang sama, Tuan Pengetua sendiri
tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti berkayak, ‘wall climbing’ dan
kembara di rimba. Ketika majlis penutupan rasmi perkhemahan yang berlangsung
pada 17 Mac 2013, Timbalan Kem Komander KRS SHAKS Puan Tuan Sharifah Rasidah bt
Syed Abdullah juga berharap kadet-kadet yang menyertai perkhemahan pada tahun
ini telah berjaya menimba sebanyak mungkin pengalaman, sekali gus menjadikan
mereka lebih matang dalam menempuh kehidupan masa sekarang dan akan datang.
Beliau juga berharap kepimpinan para kadet akan menjadi bertambah mantap, khususnya
bagi setiap pemimpin kecil bagi pasukan masing-masing.
Puan
Jamiyah bt Md Isa selaku GPK kokurikulum juga berharap para kadet berjaya
membawa pulang pengalaman yang sangat berharga dan tidak dapat dibeli melainkan
menyertainya sendiri. Pada penghujung perkhemahan hadiah-hadiah disampaikan
berdasarkan keputusan pertandingan seperti berikut:
Aktiviti / Kedudukan
|
Johan
|
Naib Johan
|
Ketiga
|
Kawad Kaki
|
Kadet Polis
|
Kadet Bomba & Penyelamat
|
Pengakap
|
Masak di Rimba
|
KRS
|
PBSM
|
Pengakap
|
Persembahan Kebudayaan
|
PBSM
|
Kadet Polis
|
Pengakap
|
Khemah Terbaik
|
Pengakap
|
Puteri Islam
|
PBSM
|
Buletin ICT
|
KRS
|
Kadet Polis
|
Pandu Puteri
|
Perkhemahan
pada kali ini berjaya menobatkan Pasukan Pengakap dan Kadet Mohd Firdaus dari
Pasukan Bomba dan Penyelamat sebagai pasukan dan kadet terbaik.
Disediakan
oleh;
Akhirruddeen
bin Awang.
17 Mac 2013 (3:33 petang)
17 Mac 2013 (3:33 petang)
No comments:
Post a Comment