Assalamualaikum salam 1 Malaysia!
Harap anda tidak jemu untuk mendengar isi cerita SHAKSBITES untuk kali ini! :)
New SHAKS World telah dilancarkan sejak awal tahun lagi pada minggu pertama 2012. Justeru,pelbagai program untuk para pelajar dan guru telah dirancang dari awal tahun lagi! Bermula tahun ini juga,SHAKS buat julung-julung kalinya mengambil inisiatif baru dengan menggunakan media sebagai salah satu bentuk penyampaian kepada para pelajar, Pelancaran minggu bahasa Inggeris terlebih dahulu mengambil kedudukan pada 16 Januari 2012.
Mengambil iktibar dari sekolah-sekolah ternama,yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan di sekolah,SHAKS dengan rasminya melancarkan ''Tuesday is an English Day'',di mana para pelajar dan guru berganding bahu bertutur dalam bahasa Inggeris di SHAKS.
Sir Arman sebagai guru bahasa Inggeris telah berdamping dengan para pelajar untuk menarik minat mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Meskipun,para pelajar masih kekok untuk menggunakan bahasa ini dalam perbualan , dengan pelancaran 'Tuesday is an English Day' maka pelajar dapat mengambil peluang ini sebagai titik permulaan untuk bertutur dengan fasih selain memantapkan lagi pengunaan nahu bahasa Inggeris.
''Everyone starts from the bottom,before they can finally speak fluently.''-Sir Arman Tojid.(SPM English teacher)
Di samping penarikan dan pendekatan yang hebat oleh Sir Arman, pelajar & guru juga dihidangkan dengan sketsa menarik oleh pelajar Form 5.
A take of a comedy drama by Form 5 students.
Hilarious and enjoying yet conducive to our culture. It doesn't contained any offence to the audience.
No comments:
Post a Comment