Setelah selesai menduduki kertas bahasa Arab, semua pelajar 3 Al-Farabi diminta untuk ke Bilik Muzik. Kelihatan pengetua, Tuan Haji Abdul Rahim sedang menunggu dan semua pelajar sudah bersiap-sedia di tempat duduk masing-masing. Sama seperti hari yang lepas. Tapi kini suasana jelas berbeza apabila semua pelajar sudah berasa lega kerana PMR sudah tamat!
pintu masuk sekolah kami |
Sekiranya terdapat di antara kita.... siapa agaknya?
Sekiranya terdapat di antara kita....... Rasulullah SAW.
''Apakah yang akan awak lakukan sekiranya terdapat di antara kita Rasulullah SAW?''
Persoalan itu berjaya mengunci bibir kami. Pelajar perempuan yang sedari tadi berceloteh yang bukan-bukan, tercengang-cengang ibarat ayam berak kapur... Senyuman Ayahanda kami, begitu bermakna sekali. Fikiran orang berpengalaman, payah sekali untuk difahami darah muda seperti kami ini.
''Sekiranya .......," beliau meneruskan bicara, "Sekiranya Rasulullah S.A.W masih ada dikalangan kita, masih hidup bersama-sama kita sehingga ke hari ini, apa yang awak akan lakukan? Soalan ini juga yang pernah saya utarakan suatu ketika dahulu, semasa di sekolah lama. Seorang anak murid saya menjawab,
"Cikgu, saya rasa saya akan menangis je cikgu,"
"Tak kurang juga, ada yang akan berdamping sahaja dengan baginda, mungkin ingin mendapat syafaat. Tetapi? Pernah atau tidak sekali terdetik di hati awak, apa pula yang Rasulullah rasa jika baginda masih hidup hari ini? Pernahkah awak terfikir,Rasulullah suka atau tidak apa yang aku lakukan hari ini? Jujur saya katakan, mungkin baginda tidak akan mengaku kita sebagai umatnya.Mungkin..."
Lalu, beliau pun memasang video lagu nasyid bertajuk LAU KANA BAINANA di mana lagu itu memaparkan beberapa sunah yang ditinggalkan Rasulullah kepada kita, yang amat dituntut baginda.
"Cikgu, saya rasa saya akan menangis je cikgu,"
"Tak kurang juga, ada yang akan berdamping sahaja dengan baginda, mungkin ingin mendapat syafaat. Tetapi? Pernah atau tidak sekali terdetik di hati awak, apa pula yang Rasulullah rasa jika baginda masih hidup hari ini? Pernahkah awak terfikir,Rasulullah suka atau tidak apa yang aku lakukan hari ini? Jujur saya katakan, mungkin baginda tidak akan mengaku kita sebagai umatnya.Mungkin..."
Lalu, beliau pun memasang video lagu nasyid bertajuk LAU KANA BAINANA di mana lagu itu memaparkan beberapa sunah yang ditinggalkan Rasulullah kepada kita, yang amat dituntut baginda.
- menuntut ilmu itu satu kewajipan ke atas setiap Muslim
- mengucapkan salam kepada mereka yang dikenali mahupun tidak
- berbuat baik kepada hamba/pekerja
- menjadi ketua keluarga yang baik kepada ahlinya
- menjadi kanak-kanak ketika bersama anak-anak dan melayan mereka sebaiknya dan;
- menjaga kebajikan sesama makhluk
Tanpa sedar, ayahanda mengaitkan nilai-nilai murni yang disebut tentang diri Rasulullah dengan aktiviti-aktiviti yang akan kami jalankan selepas PMR. Agak mengejutkan apabila program-program yang disediakan khas untuk pelajar tingkatan 3 sudah siap diatur dengan teliti. Thanks for the caunsellor!
Nilai amanah, jujur, bertanggungjawab, prihatin sangat dititikberatkan oleh pengetua. Kami dapat melihat dengan jelas sinar mata beliau yang penuh dengan harapan. Harapan agar kami menjadi batch yang lebih baik daripada sebelumnya dan menjadi role model kepada adik-adik.
Aktiviti yang baru seperti program "Pengenalan Add Math" sangat mengujakan kami semua. Meskipun pada awalnya, ada yang berbunyi "Alah, baru habis PMR takkan nak belajar lagi. Stres lah kalau macam ni" . Atau, ada juga yang berbunyi seperti, "Leceh lah nak study lagi, kan best balik rumah je". Tetapi, satu ayat yang keluar daripada mulut pengetua mengubah seratus lima puluh persen persepsi kami.
''Dulu waktu saya habis SRP, cikgu terlalu bagi kebebasan kepada kami untuk bermain. Hidup kami bukan tak tentu arah.Melompat sana, melompat sini.Cikgu umpama mengatakan, lantak kaulah nak jadi apa pun.Banyak masa terbuang begitu sahaja.Jadi, saya tak mahu apa cikgu saya pernah buat pada kami dahulu, berlaku pada kamu semua."
Baguslah...byk entry yg korang wat...terutama pasal perkhemahan sedap2 insert pictures pergi tak jugak...hehehe
ReplyDeletesmpy skg lau ka na bainana tuh kte sokmo ckp...hm...bguih~
ReplyDeleteTerima Kasih Anonymous. Pengetua banyak dedahkan kita ilmu berguna, bukan hanya ilmu duniawi tapi ilmu untuk akhirat juga :)
ReplyDeleteBetul2 seronok rasenyer... Dengar pengetua bagi kita video2 yang tak pernah kita tengok(memang lah kan)Hmm... :)
ReplyDelete