Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Walaupun malam masih muda(12 tepat), namun tangan ini tetap giat untuk mencapai papan kekunci hanya untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang mata ini terjumpa secara tidak sengaja di dalam sesawang. ya,seperti yang kita tahu,tidak lama lagi demam peperiksaan bakal tiba. Bagi form 1, form 2 mereka sedar bahawa lambat-laun peperiksaan akhir tahun bakal menjadi igauan mereka. Namun, pelajar f4 sudah memasuki mood peperiksaan pada minggu lepas.
Di sini,kami ingin membantu mereka yang sedang bersedih di dalam mahupun di luar sana. Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan. Maka, janganlah sesekali kita terfikir,'' Aku nih tak gunalah,baik aku mati sahaja .'' Hidup kita ini ibarat roda,sekejap di bawah sekejap di atas. Jika hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya kurang bernasib baik dari kita. So, sedih pasal peperiksaan macam mana pun, kkalau kita dah berusaha dengan gigih,terima sahaja lah..
Tetapi pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah kerana ia akan menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik dari orang lain.Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya. Allah S.W.T maha bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan putus asa dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya. Anggaplah musibah yang melanda sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya.
Allah S.W.T berfirman :
"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)
"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)
Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha esa.Mungkin selama ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali kepada jalan yang diredhai.Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.
Firman Allah S.W.T :
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)
Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila Allah menguji hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya. Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih tidak dapat menyelasaikan masalah. Katakan lah pada diri "masih ada hari esok untuk aku". Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik. Sekiranya pada peperiksaan yang lepas kita tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan,janganlah kita putus asa. Reflekskanlah diri anda dan berusaha untuk mencapai kejayaan.
Misalnya, ketika peperiksaan berlangsung, otak kita tiba-tiba blank,ingatlah pada Allah Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini kerana Allah itu dekat dengan kita. Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.Ikhlaskan hati dan redha dalam menghadapi musibah itu akan menjadikan kita tenang. Renungkan kembali, mungkin musibah yang melanda adalah kifarah dosa kita yang lalu. TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.
Bersabar dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan terburu-buru membuat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan, membaca buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus. Semua ini akan membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi.Jangan berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan Allah S.W.T. Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar, hubungan akan hancur akibat emosi yang berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak pandai mengatur.
''Semua 'A' akan kuperjuangkan,Semua 'A' pasti dalam genggaman''
drpd,Unit Bimbingan dan Kaunseling SHAKS
''To get the best I always give my very best!''
-Dr.Shukri Abdullah(pakar motivasi)-