Tuesday, 12 February 2013
SELAMAT DATANG
Tuesday, 22 January 2013
PELANCARAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
SEMPENA PELANCARAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
SHAKS : ProKAS
SHAKS mempunyai wawasan yang tinggi untuk melahirkan murid yang mempunyai pendidikan berkualiti melalui pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan disokong oleh program akademik yang strategik.
TARIKH : 15 JAN 2013 (SELASA)
SENTUHAN GEMILANG 2013
SEMOGA SENTUHAN PERTAMA INI MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK
MENCIPTA KEJAYAAN LEBIH HEBAT, INSYAALLAH
TINGKATAN 3 : 8 JAN 2013 (SELASA)
TINGKATAN 5 : 14 JAN 2013 (SELASA)
PROGRAN KECEMERLANGAN AKADEMIK MUZAKARAH
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
MUZAKARAH DAN AKUJANJI PMR DAN SPM 2013
SEMOGA SEMUA CALON 2013 MEMPEROLEH KEJAYAAN CMERLANG
TINGKATAN 3: 11 JAN 2013 (JUMAAT)
TINGKATAN 5 : 18 JAN 2013 (JUMAAT)
Monday, 21 January 2013
Siri 01/2013
Kesalahan Umum Tatabahasa
Kesalahan dalam
Penggunaan Kata Ganti Diri
1. Kesalahan dalam
Penggunaan Kata Ganti Diri
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri
orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang
ketiga.
(a) kata ganti diri orang
pertama: saya, aku, beta, daku, patik, kami, kita, dan hamba.
(b) Kata ganti diri orang
kedua : anda, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku, dan dikau.
(c) Kata ganti diri orang
ketiga : ia, dia, mereka, baginda, beliau, dan -nya.
Antara kata-kata ganti diri ini, ada yang
membawa maksud tunggal (satu) dan ada yang membawa maksud jamak (lebih daripada
satu). Setiap kata ganti diri mempunyai
tugas atau fungsi yang berlainan.
1.1) Contoh Kesalahan.
Beliau ditangkap kerana mencuri.
(salah)
Dia ditangkap kerana mencuri.
(betul)
Analisis :
Kata beliau hanya boleh digunakan khusus untuk
orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, pegawai, menteri dan sebagainya.
1.2 ) Contoh Kesalahan.
Mereka-mereka adalah pelajar yang dedikasi. (salah)
Mereka adalah pelajar yang dedikasi. (betul)
Analisis :
Kata ganti diri ketiga
mereka sudah menyatakan pengertian
jamak. Oleh itu tidak sesuai kata mereka dijamakkan
lagi menjadi mereka-mereka.
1.3) Contoh Kesalahan.
Kasut ini mahal. Ia diimport
dari Perancis. (salah).
Kasut ini mahal. Kasut
ini diimport dari Perancis. (betul) atau
Kasut ini mahal kerana diimport
dari Perancis. (betul)
Analisis :
Kata ganti diri boleh
digunakan hanya untuk manusia sahaja.
1.4) Contoh Kesalahan.
“Perlawanan petang ini penting untuk kami,” kata jurulatih itu
kepada pelatih-pelatih. (salah)
“Perlawanan petang ini
penting untuk kita,” kata jurulatih itu kepada pelatih-pelatih. (betul)
Analisis :
Kami bererti “saya dan dia”
apabila bercakap dengan orang kedua. Orang yang kita ajak bercakap tidak
disertakan. Kita pula bererti “anda dengan saya” atau “anda
dengan kami”. Orang yang kita ajak bercakap disertakan.
MUNSYI AKHIRRUDDEEN AWANG
Salam Ukhuwah Bicara Bahasa

dari meja Munsyi Dewan SHAKS
PERANAN MUNSYI DEWAN
- Menjadi pembimbing pelajar dan guru di sekolah, pengguna bahasa lain di daerah dan kawasan masing-masing dalam hal kebahasaan;
- Menjadi pakar rujuk untuk menyelesaikan kemusykilan tentang bahasa Melayu;
- Mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu; dan
- Membantu DBP melaksanakan dan menjayakan pelbagai aktiviti bahasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)







