Pages

FASILITI DI SEKOLAH


GALERI SEKOLAH

Bilik ini merupakan galeri sekolah yang memaparkan pelbagai kejayaan dalam bidang kokurikulum.


BILIK ROBOTIK


Bersesuaian dengan nama bilik robotik ini bilik ini merupakan bilik khas untuk kelab Robotik. Pelbagai prototaip kebiasaannya ditempatkan di bilik ini. Justeru,bilik robotik ini sentiasa dikawal rapi . Di SHAKS, sememangnya diakui bahawa kelab Robotik merupakan antara kelab yang mendapat sambutan hangat daripada pelajar selain antara kelab yang aktif di SHAKS. Demikian ,bilik ini ditubuhkan untuk kegunaan ahli kelab robotik sebagai persiapan projek-projek yang bakal dipertandingkan. 


Banyak peralatan yang telah disusun atur dengan teratur dan rapi. Segala keperluan untuk membina robot ini telah disediakan oleh pihak sekolah. Sebahagian daripada dana kelengkapan telah disumbangkan oleh PIBG sekolah. LEGO_LEGO ini telah diklasifikasikan mengikut jenis tersendiri. LEGO inilah bahan yang digunakan untuk membuat projek.




PONDOK PENGAWAL

Betapa sekolah SHAKS menitikberatkan soal keselamatan pelajar dengan menempatkan sebuah tempat khas untuk pengawal keselamatan. Pintu pagar SHAKS senantiasa ditutup agar kemasukan pelawat ke dalam sekolah dapat dikawal. Bukan itu sahaja, kelengkapan CCTV juga disediakan bagi memastikan pihak sekolah dapat melihat adegan-adegan di hadapan pagar sekolah SHAKS.



BILIK KAUNSELING

Di sinilah merupakan tempat pelajar yang mempunyai pelbagai konflik bertandang bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Guru-guru sentiasa setia menunggu dan membantu pelajar yang bermasalah. Pelbagai info mengenai susur-galur sekolah SHAKS juga dimuatkan di dalam papan info bilik kaunseling. 

Warna bilik yang ceria sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran seseorang yang mempunyai tekanan kepada tenang. Bukan sahaja, khidmat diplomatik disediakan,malah survey bagi pelajar menentukan minat,hala tujuan pada masa akan datang, cita-cita dan ujian personaliti turut disediakan. Tidak hairanlah semakin hari bilik kaunseling ini menjadi sasaran pelajar tatkala masa lapang.




PERPUSTAKAAN SEKOLAH

Seperti sekolah-sekolah lain, perpustakaan SHAKS juga menyediakan pelbagai buku rujukan, kamus, bahan ilmiah serta cerita ringan-ringan bagi memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Buku-buku mengenai tokoh bersejarah juga disediakan di tempat khas sebagai suri teladan pelajar dalam kehidupan.

Bilik tayangan ini disediakan televisyen selain daripada kelengkapan LCD dan komputer khas.  Info-info menarik mengenai ilmu kemanusiaan juga menjadi penghias dinding dan papan kenyataan sebagai pengreflekskan minda pelajar.  

Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang bertugas mengikut hari yang ditetapkan akan berada di meja ini untuk merekodkan buku pinjaman pelajar dan memastikan buku yang dipinjam pelajar dipulangkan mengikut tarikh yang tertentu.

Berbeza sedikit dengan bilik tayangan SHAKS,bilik Media ini khas untuk pembelajaran pendidikan melalui televisyen yang dihadiahkan kepada sekolah. Dalam bilik ini,pelbagai cakera padat disediakan sebagai inisiatif lain untuk menarik minat para pelajar untuk meminati subjek yang menjadi kelemahan.




BILIK PKKP



Bilik ini menyimpan pelbagai rekod sekolah dan merupakan salah satu tempat rujuk bagi guru-guru di SHAKS.



MAKMAL KEMAHIRAN HIDUP DAN SAINS

Makmal Sains yang bertempat di bahagian bawah terdapat 3 bilik. Bilik-bilik ini dikelaskan mengikut tingkatan agar masa pembelajaran pelajar tidak berlanggar dan mengganggu tingkatan yang lain. Manakala,bilik di atas pula,merupakan bengkel kemahiran hidup. Bengkel ini dilengkapi dengan alat-alat yang bersesuaian dengan subjek kemahiran hidup masing-masing.

BILIK BAHASA

Bilik ini sering digunakan untuk membuat aktiviti-aktiviti berkaitan aktiviti bahasa seperti public speaking, bahas, kalimatussobah dan pelbagai lagi.



KANTIN
Ruang kantin di SHAKS menyediakan meja, kerusi, kipas dan sink yang berdekatan dengan ruang makan untuk kemudahan dan keselesaan setiap pelajar.

Di sekitar dinding kantin kami terdapat mural-mural yang dilukis oleh pelajar Tingkatan Tiga 2011 sebagai salah satu aktiviti selepas PMR.


BILIK KKQ

Bilik KKQ ini digunakan bagi pelajar yang mengambil matapelajaran Kemahiran Kelas Quran yang diajar oleh Ustazah Esah binti Kuriani.


FOYER SEKOLAH

Foyer sekolah ini merupakan muka depan sekolah kami. Di sini juga terdapat monumen pertukaran sekolah kami dari SMK Seri Kuantan kepada SHAKS.



BILIK DISPLIN


Bilik disiplin sekolah merupakan bilik untuk guru-guru disiplin. Di sini juga merupakan tempat perjumpaan antara pelajar bermasalah dan guru disiplin. Pelajar asrama juga dikehendaki mengambil kad kebenaran keluar atau lebih dikenali sebagaikad kuning di sini.


PEJABAT SEKOLAH

Pejabat sekolah juga menyediakan ruang menunggu. Sambil menunggu anda juga boleh menjamah mata dengan menonton televisyen yang disediakan.


BILIK AKSES

Bilik akses disediakan untuk memudahkan para pelajar mencari maklumat untuk membuat kerja khusus. Bilik ini juga bersebelahan dengan bilik robotik bagi memudahkan pelajar membuat programming robot.



BILIK PEPERIKSAAN

Bilik ini dikhaskan untuk menyimpan soalan-soalan peperiksaan dan memasukkan markah ke dalam sistem sekolah.



BILIK MUZIK

Bilik musik ini sering digunakan sebagai dewan seminar. Bilik ini dilengkapi dengan PA sistem, pendingin hawa, kipas, papan putih, skrin, meja dan kerusi untuk kemudahan dan keselesaan guru dan pelajar di SHAKS.









BILIK PENGAWAS SEKOLAH

Bilik ini dikhaskan untuk pengawas sekolah membuat perjumpaan dan melakukan aktiviti dengan kebenaran ketua pengawas dan guru pengawas.


BILIK SAKIT

Terdapat dua bilik sakit iaitu bilik sakit lelaki dan bilik sakit perempuan. Bilik sakit ini digunakan sebagai tempat untuk pelajar sakit berehat dengan kebenaran guru bertugas pada minggu tersebut.



MAKMAL KOMPUTER


Makmal komputer ini dilengkapi dengan pendingin hawa dan komputer untuk kegunaan pelajar. Bilik ini digunakan ketika kelas ICT. Bilik ini hanya digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru. terdapat dua makmal komputer di sekolah ini iaitu makmal satu dan makmal dua. Kedua-dua nya dilengkapi dengan internet.



BILIK SEBERGUNA


Bilik ini digunakan sebagai tempat untuk membuat jamuan yang dikhaskan untuk VIP.  Bilik ini juga sering digunakan untuk membuat kelas tambahan bagi Tingkatan Tiga dan Lima.

8 comments:

  1. wah lawanya terbaik.....

    ReplyDelete
  2. ok pun ok tp kene rajin la updated blog ni jgn kekal camni je
    p/s please take note

    ReplyDelete
  3. Excellent ..... keep it up....be the best among the best.....

    ReplyDelete
  4. yg tulis huduh tu hatinya sakit..kje x seberapa..cakap banyak

    ReplyDelete