Pages

Wednesday 26 October 2011

Sedih Bukan Penyelesaian


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Walaupun malam masih muda(12 tepat), namun tangan ini tetap giat untuk mencapai papan kekunci hanya untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang mata ini terjumpa secara tidak sengaja di dalam sesawang. ya,seperti yang kita tahu,tidak lama lagi demam peperiksaan bakal tiba. Bagi form 1, form 2 mereka sedar bahawa lambat-laun peperiksaan akhir tahun bakal menjadi igauan mereka. Namun, pelajar f4 sudah memasuki mood peperiksaan pada minggu lepas.
Di sini,kami ingin membantu mereka yang sedang bersedih di dalam mahupun di luar sana. Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan. Maka, janganlah sesekali kita terfikir,'' Aku nih tak gunalah,baik aku mati sahaja .'' Hidup kita ini ibarat roda,sekejap di bawah sekejap di atas. Jika hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya kurang bernasib baik dari kita. So, sedih pasal peperiksaan macam mana pun, kkalau kita dah berusaha dengan gigih,terima sahaja lah..

Tetapi pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah kerana ia akan menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik dari orang lain.Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya. Allah S.W.T maha bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan putus asa dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya. Anggaplah musibah yang melanda sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya.
Allah S.W.T berfirman :
"Dan sungguh akan kami  berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)
Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha esa.Mungkin selama ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali kepada jalan yang diredhai.Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.
Firman Allah S.W.T :
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)
Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila Allah menguji hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya. Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih tidak dapat menyelasaikan masalah. Katakan lah pada diri "masih ada hari esok untuk aku". Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik. Sekiranya pada peperiksaan yang lepas kita tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan,janganlah kita putus asa. Reflekskanlah diri anda dan berusaha untuk mencapai kejayaan.
Misalnya, ketika peperiksaan berlangsung, otak kita tiba-tiba blank,ingatlah pada Allah Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini kerana Allah itu dekat dengan kita. Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.Ikhlaskan hati dan redha dalam menghadapi musibah itu akan menjadikan kita tenang. Renungkan kembali, mungkin musibah yang melanda adalah kifarah dosa kita yang lalu. TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.
Bersabar dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan terburu-buru membuat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan, membaca buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus. Semua ini akan membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi.Jangan berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan Allah S.W.T. Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar, hubungan akan hancur akibat emosi yang berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak pandai mengatur.
''Semua 'A' akan kuperjuangkan,Semua 'A' pasti dalam genggaman''
drpd,Unit Bimbingan dan Kaunseling SHAKS
 ''To get the best I always give my very best!''
-Dr.Shukri Abdullah(pakar motivasi)-


Tuesday 25 October 2011

Ceramah Remaja Sihat Tanpa Aids

Assalamualaikum w.b.t

Bermula daripada hari Isnin, 17 Oktober 2011, pelajar Tingkatan 4 sudah mula menduduki peperiksaan akhir tahun bagi menentukan kedudukan mereka pada tahun 2012. Calon SPM 2011 juga sudah mula sibuk dengan kelas anjal yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Mudah-mudahan apabila pihak sekolah telah mengadakan kelas anjal ini, sedikit sebanyak dapat membantu calon-calon SPM 2011.

Pada hari ini, Khamis, 20 Oktober 2011. Satu ceramah yang bertajuk Remaja Sihat Tanpa AIDS khas untuk pelajar Tingkatan 3. Ceramah ini disampaikan oleh Puan Surya iaitu kaunselor cemerlang daripada SMK Tengku Ampuan Afzan. Beliau merupakan seorang kaunselor yang mempunyai gaya yang tersendiri dalam menarik minat pelajar-pelajar.

Puan Surya
Pelajar khusyuk mendengar ceramah
Wahida, pelajar pertama menjawab kuiz Puan Surya
Para pelajar berebut berebut untuk menjawab soalan.


Lagu Demi Matahari yang dipasang oleh Puan Surya sebelum beliau memulakan ceramah. Lagu ini menyentuh hati dan mengingatkan umat Nabi Muhammad tentang kekuasaan Allah s.w.t



Sekian sahaja untuk kali ini.
Wassalam.

Thursday 20 October 2011

Aktiviti lepas PMR.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. Salam 1 Malaysia. Salam sayang dari SHAKS.


Pelbagai aktiviti telah disediakan khas untuk kami sejurus selesai PMR. Aktiviti ini bertujuan untuk memenuhi masa selepas PMR dengan aktiviti yang berfaedah. Semua aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan sesama kami dan mengukuhkan ikatan antara pelajar dengan guru.


 Kami(pelajar tingkatan 3) dapat bekerja dalam satu batch dan menunjukkan kepada warga SHAKS bahawa kami bersatu. Terdapat segelintir daripada kami yang masih tidak mengenali rakan-rakan dalam satu batch, dengan aktiviti ini mungkin dapat membantu mereka mengenali rakan-rakan yang sebelumnya mungkin hanya dikenali sekadar pada nama sahaja.


Sebagai permulaan, mesyuarat memilih Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi memastikan aktiviti-aktiviti akan berjalan dengan lancar! Kami telah bersetuju untuk melantik Kamaruzzaman Hashim daripada kelas 3IB sebagai Komander. 
Komander Program Pasca PMR!
Untuk membantu Kamaruzzaman, kami melantik Izzatun Najihah daripada kelas 3IA sebagai Penolong Komander. AJK Aktiviti, AJK Disiplin, AJK Siaraya, AJK Tempat dan sebagainya. Mereka yang telah dilantik, sudah berjanji untuk menjalankan tanggungjawab dengan penuh rasa bertanggungjawab dan amanah.


Hari Usahawan.



Our Official Shirt


Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform di Seri Damai.


Perkhemahan ini disertai oleh pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Pelajar Tingkatan 3 kebanyakannya mengambil peluang ini untuk berseronok dan menghilangkan stres. Perkhemahan ini diadakan 3 hari selepas PMR :)


















Program Keceriaan Surau SHAKS.



Sekian sahaja untuk kali ini.

Thursday 13 October 2011

Klinik Kesempurnaan Ibadah

Assalamualaikum semua!

Mengapa ye kita semua ni perlu ikuti Klinik Kesempurnaan Ibadah?
Hmm... di sini ade jawapannya..

Program ini telah diprovidekan dengan banyak ilmu fasih dan diyakini sahih mengenai ibadah yang dikerjakan kita selama ini sempurna atau tidak? Betul ke cara kita buat ibadah selama ini? Dan janganlah sesekali kita berfikiran sebegini ''Ala... Asalkan saya sudah solat 5 waktu awal , kire okay larh''

Sesungguhnya Allah pernah mengatakan bahawa sekiranya kita berkira dengan perintahNya maka Allah juga akan berkira dengan insan tersebut. Mahukah kita? Tiada seorang insan pun yang menginginkan keadaan sedemikian. Ayat-ayat ini pernah dituturkan oleh guru agama sekolah kita iaitu ,Ustazah Esah binti Kuriani tatkala tazkirah Maghrib-Isyak di Aspuri. Tambahnya lagi waktu-waktu sedemikian sesuai untuk beribadah kepada Allah, maka dijadikan slot W.U.A iaitu Waktu Untuk Allah. Kami bukanlah warak mahupun ahli sufi tetapi kami hanya ingin menyampaikan sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi. So, apa-apa pun marilah kita manfaatkan seberapa banyak ilmu yang boleh didapati.

Program ini selalunya dijalankan di surau As-Shafie yang disertai oleh pelajar form 3 SHAKS. Hasil yang didapati daripada program ini sangat memberangsangkan walaupun program ini buat julung-julung kalinya diadakan. Pelajar-pelajar form 3 mendapat banyak input daripada ceramah Ustazah Aishah selama 2 jam pada awal pagi selepas kehadiran diambil.  

Tajuk utama cermah tersebut pada hari tersebut ialah 'Kotoran'. Apakah yang berkaitan dengan kotoran dengan ibadah? Hmm... Kata Ustazah 'Aishah ibadah seperti solat tidak sempurna sekiranya kita tidak menjaga kebersihan daripada kotoran sama ada hadas besar mahupun hadas kecil. Sebilangan besar penduduk Neraka adalah daripada kalangan orang yang tidak sempurna solatnya meskipun mereka mengerjakan solat 5 waktu di awal waktu tambahan lagi solat-solat sunat. 

Sebagai seorang mukmin sudah pastinya kita ingin berada di jalan yang benar dan lurus. Namun begitu, jalan yang benar dan lurus bukanlah seperti jenaka di bawah ini.

Seorang ustaz melawat anak buahnya yang terlantar di katil hospital.

USTAZ : Ya bunayya! Mengapa kamu merempit lagi? Bukankah beberapa hari yang lepas kamu kata kamu sudah bertaubat? Di manakah perginya kata-kata mu hari itu?
JEJAKA : Wahai ustazku, saya tak merempit pun.Benarlah saya sudah bertaubat,saya pegang janji saya.
USTAZ : Dengan keadaan mu sebegini....kamu boleh mengatakan lagi kamu pegang lagi kata-kata mu!!
JEJAKA : Betul lah apa yang saya buat. Ustaz kata hari itu biarlah kita mati di jalan yang lurus, Saya pun pecutlah di jalan raya yang saya yakini benar bloeh dijalani dan ia lurus.
USTAZ : .......

Akhir kata, saya ingin memohon kemaafan andai saya tersilap kata dan terkasar bahasa,mudah-mudahan kita saling membantu antara satu sama lain dengan commenting :)


p/s : Korang rasa apa ending citer ustaz dengan anak buah dyer tu?

Di bawah ini terdapat beberapa gambar yang sempat kami ambil ketika program tersebut kerana perhatian yang penuh terhadap Ustazah 'Aishah punya cermah diperlukan!

Monday 10 October 2011

Sekolahku Kebangganku :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. Salam 1 Malaysia. Salam sayang dari SHAKS.


SHAKS dibawah peneraju utama, Tuan Haji Abdul Rahim. Gambar di atas menunjukkan kali pertama beliau 'punch card' di Hajjah Kalsom pada 1 Ogos 2011.


SMK Sultanah Hajjah Kalsom mempunyai visi dan misi yang seiring dengan wawasan 2020.

VISI SHAKS

SMK Sultanah Hajjah Kalsom Sekolah Berprestasi Tinggi Menjelang 2013

MISI SHAKS

Memberikan pelajar pendidikan berkualiti melalui pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan disokong oleh program akademik yang strategik.

Menjadikan pelajar yang bersahsiah mulia, pintar ICT, mahir berkomunikasi, berdaya saing melalui penghayatan agama , nilai kemasyarakatan yang tinggi  dan pelaksanaan program yang berkesan.

Membangunkan budaya harian yang proaktif, iltizam, penyayang, cakna, bekerja sebagai ibadah dan penggemblengan semua sumber secara efektif.

Menyediakan pelajar yang terbangun potensi dalam bidang kokurikulum melalui program berterusan.

Membangunkan persekitaran sekolah yang selamat, ceria, dini dan kondusif.




LAGU SEKOLAH


SMK Sultanah Hajjah Kalsom 
Kuantan, pendidikannya cemerlang


melahirkan pelajar gemilang 
kebanggaan anak watan


pembangunan dan pendidikan yang seimbang
pencapaian yang gemilang
memupukkan budaya penyayang
kondusif ceria dan tenang


SMK Sultanah Hajjah Kalsom Kuantan
gagah teguh dan berwawasan 
cemerlang guru terbilang 
sekolah maju gemilang


SMK Sultanah Hajjah Kalsom Kuantan
terus gemilang.

Bagaimana kami bermula?

Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia.




Setelah selesai menduduki kertas bahasa Arab, semua pelajar 3 Al-Farabi diminta untuk ke Bilik Muzik. Kelihatan pengetua, Tuan Haji Abdul Rahim sedang menunggu dan semua pelajar sudah bersiap-sedia di tempat duduk masing-masing. Sama seperti hari yang lepas. Tapi kini suasana jelas berbeza apabila semua pelajar sudah berasa lega kerana PMR sudah tamat!


pintu masuk sekolah kami

Lau Kana Bainana.



Tiga perkataan itu yang sejak daripada tadi bermain di bibir Ayahanda. Kami disoal tentang maksudnya..... Sekiranya terdapat di antara kita.....


Sekiranya terdapat di antara kita.... siapa agaknya?



Sekiranya terdapat di antara kita....... Rasulullah SAW.

''Apakah yang akan awak lakukan sekiranya terdapat di antara kita Rasulullah SAW?''


Persoalan itu berjaya mengunci bibir kami. Pelajar perempuan yang sedari tadi berceloteh yang bukan-bukan, tercengang-cengang ibarat ayam berak kapur... Senyuman Ayahanda kami, begitu bermakna sekali. Fikiran orang berpengalaman, payah sekali untuk difahami darah muda seperti kami ini.

''Sekiranya .......," beliau meneruskan bicara, "Sekiranya Rasulullah S.A.W masih ada dikalangan kita, masih hidup bersama-sama kita sehingga ke hari ini, apa yang awak akan lakukan? Soalan ini juga yang pernah saya utarakan suatu ketika dahulu, semasa di sekolah lama. Seorang anak murid saya menjawab,

"Cikgu, saya rasa saya akan menangis je cikgu,"

"Tak kurang juga, ada yang akan berdamping sahaja dengan baginda, mungkin ingin mendapat syafaat. Tetapi? Pernah atau tidak sekali terdetik di hati awak, apa pula yang Rasulullah rasa jika baginda masih hidup hari ini? Pernahkah awak terfikir,Rasulullah suka atau tidak apa yang aku lakukan hari ini? Jujur saya katakan, mungkin baginda tidak akan mengaku kita sebagai umatnya.Mungkin..."


Lalu, beliau pun memasang video lagu nasyid bertajuk LAU KANA BAINANA di mana lagu itu memaparkan beberapa sunah yang ditinggalkan Rasulullah kepada kita, yang amat dituntut baginda.  


"Jadi,video yang saya pasang ini bukan cuma-cuma ya.Saya amat menyukai lagu ini kerana jika awak hayati sebetulnya, di sebalik nasyid itu terselit beberapa sunah nabi yang amat ringkas namun begitu payah untuk kita praktikkan.Di sini dapat kita lihat antaranya,

  •  menuntut ilmu itu satu kewajipan ke atas setiap Muslim
  • mengucapkan salam kepada mereka yang dikenali mahupun tidak
  • berbuat baik kepada hamba/pekerja
  • menjadi ketua keluarga yang baik kepada ahlinya
  • menjadi kanak-kanak ketika bersama anak-anak dan melayan mereka sebaiknya dan;
  • menjaga kebajikan sesama makhluk



Pelajar sedang leka mendengar kepada ayahanda


Tanpa sedar, ayahanda mengaitkan nilai-nilai murni yang disebut tentang diri Rasulullah dengan aktiviti-aktiviti yang akan kami jalankan selepas PMR. Agak  mengejutkan apabila program-program yang disediakan khas untuk pelajar tingkatan 3 sudah siap diatur dengan teliti. Thanks for the caunsellor!


Nilai amanah, jujur, bertanggungjawab, prihatin sangat dititikberatkan oleh pengetua. Kami dapat melihat dengan jelas sinar mata beliau yang penuh dengan harapan. Harapan agar kami menjadi batch yang lebih baik daripada sebelumnya dan menjadi role model kepada adik-adik. 


Aktiviti yang baru seperti program "Pengenalan Add Math" sangat mengujakan kami semua. Meskipun pada awalnya, ada yang berbunyi "Alah, baru habis PMR takkan nak belajar lagi. Stres lah kalau macam ni" . Atau, ada juga yang  berbunyi seperti, "Leceh lah nak study lagi, kan best balik rumah je". Tetapi, satu ayat yang keluar daripada mulut pengetua mengubah seratus lima puluh persen persepsi kami.


''Dulu waktu saya habis SRP, cikgu terlalu bagi kebebasan kepada kami untuk bermain. Hidup kami bukan tak tentu arah.Melompat sana, melompat sini.Cikgu umpama mengatakan, lantak kaulah nak jadi apa pun.Banyak masa terbuang begitu sahaja.Jadi, saya tak mahu apa cikgu saya pernah buat pada kami dahulu, berlaku pada kamu semua."


Seterusnya, pelbagai aktiviti telah dicadangkan mengikut citarasa pelajar. Termasuklah ini. Pertandingan membina blog. Aktiviti ini juga bersesuaian dengan trend remaja sekarang. Blog juga tidak kurang popularnya jika hendak dibandingkan dengan laman web sosial seperti Facebook, Myspace, Twitter, Tagged dan Skype! Jadi kami berlima pun mencapai kata sepakat untuk bersama-sama membina shaksbites ini :)

SHAKS's Origin.

Bismillahirrahmanirrahim.


Ingin tahu asal usul sekolah kami? :)


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom yang dahulunya dikenali Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kuantan mula dibuka pada 7 Januari 2002. Ini berikutan daripada Jabatan Pelajaran Pahang membuat keputusan untuk menambah bilangan sekolah menengah Rancangan Khas Berasrama Harian di Negeri Pahang. Sekolah ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar yang tidak berjaya ke sekolah berasrama penuh kerajaan di seluruh negara. Pelajar yang diberi keutamaan ialah pelajar yang tinggal di daerah Kuantan dan daerah-daerah lain.


Tanggal 8 Mac 2007 nama sekolah SMK Seri Kuantan dengan rasminya telah ditukar kepada kepada SMK Sultanah Hajjah Kalsom. Pengisytirahan nama sekolah ini telah dirasmikan oleh Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar bersempena nama Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom.Memorabilia Majlis Pengisytiharan Nama dan Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom masih lagi tersergam indah dan dapat dilihat di foyer sekolah!


Sejarah pentadbiran sekolah.


Sekolah ini bermula di SMK Abdul Rahman Talib (SMART) apabila terpaksa menumpang sementara di sekolah tersebut sehingga bangunan sekolah boleh digunakan pada 14 September 2002. Mesyuarat Guru Kali Pertama pada 3 Januari 2002 bertempat di SMART yang dipengerusikan oleh Encik Akhirudeen bin Awang sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan pemangku pengetua dengan dihadiri 13 orang guru. Portfolio pengetua pertama dijawat oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Faridah binti Yahya bermula 16 Februari 2003 hingga 13 Disember 2005. Puan Hajjah Rafiah binti Zakaria bermula 1 Januari 2006 hingga 26 Januari 2009. Tuan Haji Azhari bin Tauhid 16 November 2007 hingga 15 April 2008. Tuan Haji Bahtiar bin Sanusi menjawat jawatan ini bermula 1 Mei 2008 sehingga 31 Julai 2011. Bermula detik 1 Ogos 2011, kepimpinan SHAKS dibawah teraju Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus meneruskan kegemilangan sehingga kini dengan penuh komited :)




Sedikit gambar bangunan SHAKS untuk dikongsi bersama :)













Sekian sahaja untuk kali ini. Wassalam.