Pages

DOA-DOA

Solat Sunat hajat Memohon Kejayaan di dalam PMR dan SPM

Sebaik-baik waktu sembahyang hajat adalah pada waktu tengah malam. Ini bersesuaian dengan Sabda Rasulullah saw apabila di soal oleh Abu Zar al-Ghiffari r.a. yang ertinya : “Solat malam yang manakah lebih afdal? Jawap baginda : “Di waktu separuh malam atau jauh malam, tetapi sayangnya amat sedikit yang melakukannya. Cara Sembahyang sunat Hajat berikut di ambil dari riwayat Wuhaib bin Ward;


Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."


NIAT SOLAT HAJAT


أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالى

Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Sembahyang hajat boleh dilakukan sebanyak 12 rakaat atau paling sedikit 2 rakaat. Boleh pula dilakukan di waktu malam atau siang dan boleh berseorangan atau berjemaah.

Antara syarat-syarat solat hajat ialah:

  1. Perkara yang dihajati halal atau harus. Tidak boleh berhajat kepada yang haram.
  2. Tidak meninggalkan dengan sengaja amalan-amalan wajib terutamanya sembahyang fardhu.
  3. Tidak melakukan dosa-dosa besar atau maksiat. Kalau pernah perlulah memohon ampun dan bertaubat.
  4. Sembahyang perlulah bertepatan dengan kehendak syarak.
  5. Hendaklah bersangka baik terhadap Allah s.w.t dan redhalah dengan segala ketentuannya.
  6. Bersungguh-sungguh memohon agar hajatnya dimabulkan.

Pada sujud rakaat akhir bacalah doa nabi Yunus sebanyak 21 kali. Doanya ialah:


Pada rakaat pertama baca suruh Al Fatihah dan Suruh Al Insyirah 11 kali.


Pada rakaat kedua baca Al Fatihah dan Suruh Al Kauthar 11 kali.


Selepas salam bacalah wirid berikut. Wirid ini telah dibaca semasa majlis Solat Hajat dan bacaan Yasin di SMKA Syarifah Rodziah yang di pimpin oleh Ustaz Yaakub bin Muhammad Amin.
wirid 1


wirid 2



wirid 3






ZIKIR DAN DOA AMALAN HARIAN

ZIKIR yang khusus ialah bacaan yang melibatkan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir. Bacaan-bacaan ini selalunya dijadikan wirid selepas solat. Bacaan zikir berdasarkan nama-nama Allah boleh dibaca pada bila-bila masa sebagai tanda kita sentiasa mengingati Allah dan kebesarannya.

DOA ialah suatu penyataan hasrat hati individu muslim memohon pertolongan, perlindungan dan restu Allah dalam hal-hal berkaitan kehidupannya, keluarganya, masyarakat dan agamanya di dunia dan di akhirat.

Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Ia adalah pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak ke atas segala yang berlaku, manakala dari segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah S.W.T.

Sementara itu doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Maka tidak hairan di dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada doa-doa tertentu yang digalak supaya diamalkan sama ada sebelum memulakan sesuatu perbuatan ataupun selepas melakukannya.

Kelebihan atau fadhilat doa itu pula amat besar dan banyak sekali. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa hambaNya, tiadak ada satu daya kuasapun yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa itu.




ZIKIR 1


بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِوَهُوَ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ  السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Maksudnya : Dengan Nama Allah yang tidak memberi mudharat dengan namaNya sesuatu di bumi dan langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.



ZIKIR 2


اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي ، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya : Ya Allah berikanlah kesihatan pada badanku, Ya Allah berikanlah kesihatan pada pendengaranku, Ya Allah berikanlah kesihatan pada penglihatanku, (sesungguhnya) tiada Tuhan melainkan Engkau.



ZIKIR 3


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya : Ya Allah aku berlindung denganMu daripada kekufuran dan kefakiran, Ya Allah aku berlindung denganMu dari azab kubur,(sesungguhnya) tiada Tuhan melainkan Engkau.



ZIKIR 4


يَا حَيُّ يَا قَيُوم بِرحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ أَصْلِحْ لِي شَاْنِي كُلّهُ وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرفَةَ عَينٍ


Maksudnya : Wahai yang Tetap Hidup Yang Kekal memerintah selama-lamanya dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, perbaikilah urusanku kesemuanya, dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata.



ZIKIR 5


اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya : Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau



ZIKIR 6


اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءًا أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ

Maksudnya : Ya Allah ! Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu, dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan melainkan Dikau, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dan dari kejahatan syaitan dan sekutunya dan daripada usaha diriku untuk melakukan kejahatan atau lindungilah ia ketempat yang selamat



ZIKIR 7


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا واْلآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي ، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي ، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِيْ وَعَنْ يَمِينِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ وَمِنْ فَوْقِيْ وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ

Maksudnya : Ya Allah ! Aku memohon kepadaMu kesejahteraan di dunia dan di akhirat, Ya Allah aku bermohon kepadaMu keampunan dan kesejahteraan pada agamaku dan duniaku dan keluargaku dan hartaku, Ya Allah ! tutupkan auratku dan amankanlah pada akalku, Ya Allah ! Peliharalah akan daku di antara kedua tanganku, dan dari belakangku dan dari tepi kananku dan kiriku dan dari atasku dan aku berlindung dengan kebesaranMu



ZIKIR 8 (Dibaca waktu pagi)


اللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ أَمْسَيْنَا وَبِكَ نَحْيَا وَبِكَ نَمُوتُ وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Maksudnya : Ya Allah , DenganMu kami hayati waktu pagi kami dan denganMu kami hayati waktu petang kami dan denganMu kami hidup dan denganMu kami mati dan kepadaMu kami kembali



ZIKIR 9 (Dibaca waktu petang)


اللَّهُمَّ بِكَ أَمْسَيْنَا وَبِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ نَحْيَا وَبِكَ نَمُوتُ وَإِلَيْكَ النُّشُورُ

Maksudnya : Ya Allah denganMu kami hayati petang, dan denganMu kami hayati pagi, dan dengan kekuasaanMu kami akan mati dan kepadaMu kami akan dibangkitkan



ZIKIR 10


أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الإِسْلاَمِ وَعَلَى كَلِمَةِ اْلإِخْلاَصِ وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيْمَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ

Maksudnya : Kami hayati pagi ini di atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimah ikhlas. Dan berpegang kepada agama Nabi kami Muhammad S.a.w yang juga agama ayah kami Ibrahim dengan setulus hati. Dan Ibrahim bukanlah seorang yang musyrik



ZIKIR 11


أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى الْمُلْكُ لِلَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّه لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَسُوءِ الْكِبَرِ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ

Maksudnya : Kami hayati petang kami dan petang yang Kekuasaan bagi Allah, dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa Yang tiada sekutu bagiNya, baginya Kekuasaan dan baginya Kepujian, dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu, Ya Tuhanku ! Aku memohon kepadaMu, kebaikan yang terdapat pada malam ini, dan kebaikan apa yang selepasnya, dan aku berlindung denganMu dari kejahatan yang terhadap pada malam ini dan kejahatan apa yang selepasnya, Tuhanku aku berlindung dengan Engkau daripada kemalasan dan keburukan besar diri, Tuhanku aku berlindung denganMu daripada azab neraka dan azab kubur



ZIKIR 12


أَصْبَحْتُ أُثْنِي عَلَيْكَ حَمْدًا ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله

Maksudnya : Kami hayati pagi kami dengan memuji ke atas Engkau pujian, dan aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah



ZIKIR 13


سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدهِ

Maksudnya : Maha Suci Allah dan dengan memujiNya



ZIKIR 14


لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ مُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر

Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya kepujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu.



ZIKIR 15


سُبحَانَ الله وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

Maksudnya : Maha Suci Allah dengan memujiNya sebanyak makluk ciptaanNya serela hatiNya seberat timbangan ArasyNya dan sebanyak tinta KalimahNya



ZIKIR 16


أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّات مِنْ شَرِّ مَا خَلَق

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk yang jahat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
DOA-DOA YANG BOLEH DIAMALKAN SEMASA MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Kelebihan berdoa banyak diterangkan dalam al-Quran dan hadis. Selain menjadi inti pati ibadah, doa adalah penghubung di antara hamba dan khalik (pencipta).


Hanya dengan beberapa patah perkataan atau diniatkan segala permintaan dalam hati kepada Allah, hakikatnya ia tetap dikelaskan dalam jenis berdoa. Oleh itu, amalan berdoa bukan sesuatu yang sukar sebaliknya boleh dilakukan sepanjang masa tidak kira sama ada anda berada di dalam kereta, di majlis2 tertentu, di pasar2 dan di mana sahaja.







Ia bertepatan dengan firman Allah maksudnya: "Minta doalah daripada-Ku, aku menerima doamu." (Surah al-Mukmin, ayat 60) Doa bukan hanya ibadat, malah otak ibadah seperti yang diterangkan Rasulullah saw, maksudnya: "Doa itu adalah otaknya ibadat." - (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari) Ibadat yang dilakukan tanpa doa dapat diumpamakan seperti manusia yang tidak mempunyai akal (tidak berotak).

Ketika berdoa, setiap Muslim perlu mematuhi adabnya supaya ia lebih mustajab.

Waktu berdoa diambil kira ketika berdoa.

Antara waktu paling sesuai ialah ketika sujud, ketika ingin mengerjakan solat fardu dan di antara dua khutbah. Umat Islam juga digalakkan menghadap kiblat sambil mengangkat dua belah tangan hingga nampak ketiak ketika berdoa. Selepas selesai berdoa pula, disyaratkan seseorang menyapu dua tangan ke muka.

Satu perkara perlu dipatuhi ketika berdoa ialah tidak sesekali berdoa dengan nada suara yang tinggi. Sebaliknya, umat Islam diminta agar berdoa dengan penuh perasaan takut, gerun, mengakui kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-Nya.

Secara ringkasnya ADAB BERDOA adalah seperti berikut:
1. Berwudhuk (suci dari hadas kecil dan besar)
2. Menutup aurat
3. Menghadap Qiblat
4. Dalam keadaan khusyu'
5. Tidak tergesa-gesa
6. Mulakan dengan memuji Allah seperti Alhamdulillah..
7. Berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W
8. Membaca dengan penuh penghargaan dan penghayatan
9. Akhirkan dengan selawat dan salam
10. Sebaik-baiknya fahamilah isi kandungan doa itu



Meskipun waktu dan keadaan berdoa sudah dipatuhi, masih ada doa yang tidak dimakbulkan Allah. Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi menjelaskan kenapakah doa seseorang masih tidak dimakbulkan Allah.
Antaranya ialah:
# Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
# Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

# Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
# Kamu makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
# Kamu berkata bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu tidak menentangnya.
# Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
# Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
# Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
# Kamu bangun daripada tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.

# Kamu kebumikan mayat saudara kamu, tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.



Antara doa-doa yang boleh diamalkan semasa menghadapi peperiksaan adalah:

1. Doa kecergasan.









2. Doa hilangkan darah gemuruh









3. Doa ketika memasuki dewan peperiksaan





 4. Doa minta dapat petunjuk








5. Doa mendapat idea yang baik






6. Doa minta tambah ilmu







7. Doa penerang Hati



 



8. Doa ketika menghadapi kesukaran










9. Doa bila terlupa






10. Doa mudah hafal/faham





No comments:

Post a Comment