Pages

Monday 8 April 2013

Karnival Puteri Islam Peringkat Daerah Kuantan 2013


Pada 6 April 2013 baru-baru ini, SHAKS telah menghantar 7 orang pelajar dari Unit Beruniform Puteri Islam untuk mewakili sekolah untuk karnival ini. 

 Tuan rumah karnival; SMK Tengku Afzan
Masa; 7.30 pagi-5.00 petang

Dua jenis pertandingan yang telah dipertandingkan ialah; Pertandingan memasak dan pertandingan pidato.
Bagi pertandingan memasak, terdapat tiga kategori iaitu;
1. Kategori A (Tingkatan 5/4) - Menu: Minum petang
2. Kategori B (Tingkatan 3) - Menu: Makanan tengahari
3. Kategori C (Tingkatan 1/2) - Menu: Sarapan pagi.

Guru pengiring; Puan Julianti Kassim, Puan Aisyah Ishak dan Puan Naimah Saad.


Puan Aisyah memberi tips masakan!


Peserta dari SHAKS

Puan Naimah, hakim masakan sekolah rendah.

Puan Julianti, kem komander.

Hakim sekolah menengah

Pelajar SHAKS~
Alhamdulillah, SHAKS telah memenangi tiga acara daripada empat yang telah disertai!

Bagi pertandingan pidato, saudari Nur Atiqah Zakaria (5AF) telah berjaya mendapat tempat pertama!

Manakala, pertandingan memasak, kategori A, Ivanna Natasha Azmi (5AF) dan Hawa Faqihah Kamarudin (5AF) telah berjaya mendapat tempat ketiga!

Kategori C pula, Nurul Jannah Mohd Saidi (2IA) dan Nur Faziehan Samudi (2AF) juga berjaya mendapat tempat ketiga!


Tahniah diucapkan kepada peserta semua! Semoga kejayaan ini berterusan dan setiap kelemahan yang ada harus kita baiki. Sedikit demi sedikit. Insya-Allah!

p/s: Hari ini SHAKS menghantar pasukan Bomba di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah dan pasukan Kadet Polis di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Ahmad Shah untuk perkhemahan daerah. Dan pasukan bola sepak yang akan bertanding di SM Vokasional Kuantan. Ayuh kita doakan kejayaan mereka semua dalam setiap acara. Bring glory home, guys!