Pages

Sunday 1 July 2012

HARI SUKAN






HARI SUKAN.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, pembaca blog SHAKSBITES!
Seperti yang kita sedia maklum, Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 SMK Sultanah Hajjah Kalsom telah diadakan pada 1 Julai 2012 di padang SHAKS. Sebelum hari kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan pada 1 Julai 2012, terdapat beberapa acara yang telah dijalankan seminggu lebih awal dari tarikh 1 Julai 2012.

Pada hari Selasa, 19 Jun telah diadakan acara sukantara bagi pelajar lelaki yang akan mewakili bagi setiap rumah sukan iaitu Waja, Wira, Putra dan Perdana! Acara yang telah diadakan untuk menolong pelajar mengutip mata bagi rumah sukan adalah seperti lempar cakera, lontar peluru dan larian 100 meter. Manakala, pada hari seterusnya iaitu hari Rabu, 20 Jun acara sukantara untuk pelajar perempuan. Tahun ini merupakan sukan yang agak unik dan istimewa kerana acara sukantara hanya boleh disertai oleh pelajar tingkatan satu, dua dan empat sahaja.

Hasil kutipan mata yang telah dipungut oleh setiap rumah sukan amat memberangsangkan! Ternyata acara sukantara pada tahun ini jelas telah mendapat perhatian pelajar untuk menyertainya.
Dan setelah markah telah dikira oleh urusetia sukan SHAKS, rumah Waja telah mendahului carta diikuti rumah Wira, Putra dan akhir sekali ialah rumah Perdana!

Dan pada tarikh 25 Jun, acara lontar peluru dan lempar cakera telah diadakan di padang SHAKS bermula dari pukul 3.30 petang. Seterusnya hari berikutnya telah diadakan acara lompat jauh dan acara balapan seperti 200 meter dan 4x200 meter.

Dan setelah tertunggu-tunggu hari kemuncak pada pagi 1 Julai 2012, pada pagi itu setiap rumah sukan telah berjaya memukau setiap mata yang memandang dan mengagumkan setiap mata yang melihat.

Ahli perbarisan rumah Waja telah menampilkan maskot CJ7 dan The Hulk. Rumah Waja menampilkan kedua-dua maskot ini untuk menyelamatkan bumi. Bersama tema, “Save The World.” Perbarisan rumah Waja diketuai dan pembawa bendera rumah Waja adalah saudara Azri Aminal’lah.

Manakala rumah Putra menampilkan aksi Spiderman, Ironman bersama bunga raya! Sekiranya ditanya apa kaitan antara kedua-dua superhero ini dengan tema bunga raya? Ahli rumah Putra memberikan jawapan, 
“Kedua-dua superhero ini melambangkan keberanian dan kesungguhan atlet untuk memajukan rumah sukan dan walaupun kedua-dua maskot ini dianggap kebaratan tetapi simbolik bunga raya tetap menunjukkan bahawa ahli rumah Putra tetap berbalik kepada adab kesopanan dan rukun Negara Malaysia.

Untuk perbarisan rumah Putra, saudara Bazri Izwan telah mengetuai perbarisan dan membawa bendera rumah Putra.

Seterusnya, ahli perbarisan rumah Perdana membawa maskot Pororo. Seekor kartun penguin telah menjadi pilihan rumah Perdana untuk dijadikan maskot pada tahun ini. Saudara Rasul Hizami telah mengetuai perbarisan rumah Perdana dan membawa bendera rumah Perdana!

Dan akhir sekali, rumah Wira telah membawa maskot Harimau Malaya aummm. Tetapi rumah sukan itu telah ditukarkan menjadi Wira Malaya. Memandangkan skuad bola sepak Negara Harimau Malaya makin menaik dan ini adalah satu medium untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar. Pelajar yang membawa bendera rumah Wira serta mengetuai perbarisan ialah saudara Aiman Hakimi.

Kejohanan Olahraga Tahunan SHAKS 2012 telah dirasmikan oleh..........
Majlis Penyampaian Hadiah telah dijalankan pada pukul 12.00 tengah hari. Dan untuk tiga hadiah utama yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar ialah hadiah perbarisan, maskot dan hiasan khemah.

Johan acara perbarisan - Rumah Wira
Johan Maskot – Rumah Putra
Johan Hiasan Khemah – Rumah Perdana

Tahniah diucapkan kepada rumah sukan yang telah memenangi tiga acara utama ini.
Dan untuk tempat keseluruhan pula adalah,

Tempat keempat- Rumah Perdana
Tempat ketiga- Rumah Waja
Naib Johan- Rumah Putra
Johan Kesuluruhan- Rumah Wira

Tahniah sekali lagi kepada rumah Wira yang telah diketuai oleh Puan.... dan untuk Ketua Rumah Sukan bagi pelajar pula ialah Muhammad Shahrin, 5 Ibnu Abbas. Tahniah dan syabas! Ingatlah menang kalah adat pertandingan  Tahun depan cuba lagi!
persiapan pada malam#
itu dia semangat rumah wira! AUMMM!
 ''WIJA'' gabungan bagi rumah Waja dan Wira,, pada hari tersebut~ :)

Perdana membawa tema PORORO
pembawa sepanduk bagi rumah perdana, Khairul Idham dan Nazmi
maskot Spiderman dan Ironman buatan ahli rumah Putra yang berjaya menggondol tempat 1!





WI|Pers~ SUKMA






Sukan Malaysia tahun ini telah diadakan di Pahang. Shaks telah mewakili penyokong Wilayah Persekutuan ''Wipers" bagi sukan ini menyokong bermula pada 1 Julai hingga 16 Julai akan datang. Pasukan sorak sekolah kita begitu bersemangat bersorak dan melaungkan 'cheers' yang berlainan . Begitu gah nya cheers sekolah kita sehinggakan cheers kita juga dituruti oleh sekolah-sekolah lain! Hebatnya 'Cheerleaders' SHAKS!! 
Sekolah kita telah menghantar 30 orang daripada setiap form 1,2 dan 4. Setiap penyokong telah diuji bakat dahulu sebelum dibenarkan menyertai dalam pasukan sorak. Pelajar yang menyertai telah mendapat elaun sebanyak RM 35. Pakaian beserta kasut juga telah ditampung.











credit: Qistinaaqilah
Sekiranya Wipers berjaya menggondol tempat pertama, sekolah kita telah dijanjikan lawatan ke Putrajaya.Terima Kasih penyokong-penyokong SHAKS atas sokongan yang penuh bersemangat!