Pages

Saturday 7 January 2012

PELANCARAN ProKAS

Apakah PROKAS? 
PROKAS ialah Program Kecermelangan Akademik Sekolah di SHAKS. Motif utama program ini dilaksanakan adalah untuk mencapai misi sekolah. Selaras dengan itu,para pelajar harus berusaha untuk emncapai kejayaan dalam bidang akademik di samping kokurikulum. Pelbagai aktiviti yang telah dimuatkan dalam PROKAS antaranya, 'repeated test' bagi pelajar yang gagal,sistem SAP bagi 'kick in' markah secara online,bengkel bagi subjek-subjek,ceramah dari pakar,pengelasan pelajar mengikut gred,kelas tambahan,pelaksanaan guru muda/study group dan sebagainya.

Di samping akademik pengetua juga menitikberatkan rohaniah pelajar. Justeru,para pelajar lebih bergiat dalam aktiviti berkaitan surau. Bak kata pengetua,''rohani dan intelek semestinya seimbang untuk menjadi pelajar yang cemerlang''. Pelbagai prasarana yang baru dan selesa telah diadakan bagi menyesuaikan para pelajar belajar dalam keadaan yang bersih,ceria dan menenangkan. Dengan itu,para pelajar dapat menimba ilmu dalam keadaan yang baik. Dalam pelancaran PROKAS,pelajar juga mengangkat tangan ,berikrar untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kecermelangan akademik di sekolah .