Pages

Wednesday 19 December 2012

Keputusan PMR SHAKS 2012

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya berharap semua calon PMR 2012 yang sedang membaca entry ini berpuas hati dan reda dengan keputusan PMR masing-masing.Percayalah ini permulaan. Permulaan untuk sesuatu yang Allah telah rencanakan untuk kalian.

Pada tahun 2012, SMK Sultanah Hajjah Kalsom masih lagi tidak mampu mendapatkan GPS sebanyak 1.0, tahun ini kita hanya mendapat 1.22. Insya-Allah pada tahun hadapan semua warga kerja SHAKS akan bertungkus lumus untuk mencapai sasaran 1.0. Ayuh Batch SHAKS 98, ayuh kita buktikan!

Alhamdulillah seramai 45/122 orang calon telah mendapat straight A! Warga SHAKS mengucapkan tahniah kepada anda semua kerana telah berjaya mengharumkan nama SHAKS :) Seramai 15 orang pelajar kelas 3 Al Farabi telah mendapat 9A.Manakala 30 pelajar lain berjaya mendapatkan keputusan 8A!

7A2B - 8 calon.
7A1B - 29 calon.

Kepada calon PMR yang tidak mendapat keputusan yang baik,

Jangan pernah berputus asa. Masih ada masa untuk kalian melakar sejarah untuk keputusan SPM 2014. Ayuh lakar sejarah di SHAKS. Jadikan keputusan PMR yang tidak seberapa ini sebagai satu cabaran. Cabaran untuk kalian mengejar sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan.

Ribuan penghargaan juga kepada pengetua, barisan pentadbir dan guru-guru yang sentiasa berkorban masa dan tenaga demi memajukan SHAKS. Terima kasih cikgu. Jasa cikgu tidak mampu kami balas. Moga-moga dengan keputusan kami ini dapat membalas, yang lain kami serahkan pada Allah untuk membalasnya.

"The price of success is hardwork, dedication to the job at hand, and determination that whether we win or lose, we have applied the best of ourselves to the task at hand."

"Success is a journey, not a destination."

Perjuangan anda harus diteruskan. Ayuh bangkit dan berusaha lagi.

Batch SHAKS 98, selepas ini giliran anda. Ayuh lakar sejarah!

Pengetua pernah berpesan pada kami, (Batch SHAKS 96) dan saya yakin beliau akan sentiasa berpesan perkara yang sama pada adik-adik sekalian ;



Apakah reaksi calon PMR yang berjaya mencapai target?



Nurul Huda Aminuddin - 9A



Najwa Izzati Azmi -9A



Hafsah Noor Azmi - 8A



Shafiq Azraai - 7A1B



Syasya Sahira Sukarna - 7A1B


Tuesday 11 December 2012

Program Gemilang Sains SPM dan PMR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Mohon perhatian kepada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 sesi 2013.
PROGRAM GEMILANG SAINS SPM DAN PMR 2013 DITANGGUHKAN KEPADA TAHUN HADAPAN. SEMUA PELAJAR DIKEHENDAKI PULANG KE ASRAMA PADA TARIKH 1 JANUARI 2013. HARAP MAKLUM :)

Friday 21 September 2012

SHAKS mewakili Zon Timur ke Pulau Pinang!


F1 IN SCHOOL MALAYSIA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh pembaca setia SHAKSBITE! 
Pada 18-19 September team F1 Sekolah SMK Sultanah Hajjah Kalsom telah bertanding di Bachok,Kelantan. Mengambil alih generasi team-team f1 terdahulu,Flaming Falcon,Dex-rac. 

Sebanyak 3 buah pasukan telah mewakili Pahang.
SMK Sultanah Hajjah Kalsom, 
SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad 
Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah. 

Sementara Terengganu pula diwakili oleh 
SMKA Kuala Abang
SMK Chung Hwa We Sin
 SMK Sungai Tong.

Dari Kelantan pula ialah, 
SMK Pangkal Meleret, 
SMK Zainab 1
 SMK Datuk Ahmad Maher.

SHAKS telah muncul sebagai Johan Pertandingan F1 In Schools Peringkat Zon Timur yang berlangsung di Sekolah Menengah Teknik Bachok. 

Sekolah kita turut memenang 6 anugerah iaitu:
 
Best Engineering
 Best Verbal presentation
Best Portfolio
Best Research and Development
Best Pit Display 
Overall Champion

 Dengan kemenangan ini, membolehkan SHAKS mewakili Zon Timur ke peringkat kebangsaan dijadual di Pulau Pinang pada 1-4 Oktober.



lampiran dari Utusan Malaysia Online

Sunday 1 July 2012

HARI SUKAN






HARI SUKAN.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, pembaca blog SHAKSBITES!
Seperti yang kita sedia maklum, Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 SMK Sultanah Hajjah Kalsom telah diadakan pada 1 Julai 2012 di padang SHAKS. Sebelum hari kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan pada 1 Julai 2012, terdapat beberapa acara yang telah dijalankan seminggu lebih awal dari tarikh 1 Julai 2012.

Pada hari Selasa, 19 Jun telah diadakan acara sukantara bagi pelajar lelaki yang akan mewakili bagi setiap rumah sukan iaitu Waja, Wira, Putra dan Perdana! Acara yang telah diadakan untuk menolong pelajar mengutip mata bagi rumah sukan adalah seperti lempar cakera, lontar peluru dan larian 100 meter. Manakala, pada hari seterusnya iaitu hari Rabu, 20 Jun acara sukantara untuk pelajar perempuan. Tahun ini merupakan sukan yang agak unik dan istimewa kerana acara sukantara hanya boleh disertai oleh pelajar tingkatan satu, dua dan empat sahaja.

Hasil kutipan mata yang telah dipungut oleh setiap rumah sukan amat memberangsangkan! Ternyata acara sukantara pada tahun ini jelas telah mendapat perhatian pelajar untuk menyertainya.
Dan setelah markah telah dikira oleh urusetia sukan SHAKS, rumah Waja telah mendahului carta diikuti rumah Wira, Putra dan akhir sekali ialah rumah Perdana!

Dan pada tarikh 25 Jun, acara lontar peluru dan lempar cakera telah diadakan di padang SHAKS bermula dari pukul 3.30 petang. Seterusnya hari berikutnya telah diadakan acara lompat jauh dan acara balapan seperti 200 meter dan 4x200 meter.

Dan setelah tertunggu-tunggu hari kemuncak pada pagi 1 Julai 2012, pada pagi itu setiap rumah sukan telah berjaya memukau setiap mata yang memandang dan mengagumkan setiap mata yang melihat.

Ahli perbarisan rumah Waja telah menampilkan maskot CJ7 dan The Hulk. Rumah Waja menampilkan kedua-dua maskot ini untuk menyelamatkan bumi. Bersama tema, “Save The World.” Perbarisan rumah Waja diketuai dan pembawa bendera rumah Waja adalah saudara Azri Aminal’lah.

Manakala rumah Putra menampilkan aksi Spiderman, Ironman bersama bunga raya! Sekiranya ditanya apa kaitan antara kedua-dua superhero ini dengan tema bunga raya? Ahli rumah Putra memberikan jawapan, 
“Kedua-dua superhero ini melambangkan keberanian dan kesungguhan atlet untuk memajukan rumah sukan dan walaupun kedua-dua maskot ini dianggap kebaratan tetapi simbolik bunga raya tetap menunjukkan bahawa ahli rumah Putra tetap berbalik kepada adab kesopanan dan rukun Negara Malaysia.

Untuk perbarisan rumah Putra, saudara Bazri Izwan telah mengetuai perbarisan dan membawa bendera rumah Putra.

Seterusnya, ahli perbarisan rumah Perdana membawa maskot Pororo. Seekor kartun penguin telah menjadi pilihan rumah Perdana untuk dijadikan maskot pada tahun ini. Saudara Rasul Hizami telah mengetuai perbarisan rumah Perdana dan membawa bendera rumah Perdana!

Dan akhir sekali, rumah Wira telah membawa maskot Harimau Malaya aummm. Tetapi rumah sukan itu telah ditukarkan menjadi Wira Malaya. Memandangkan skuad bola sepak Negara Harimau Malaya makin menaik dan ini adalah satu medium untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar. Pelajar yang membawa bendera rumah Wira serta mengetuai perbarisan ialah saudara Aiman Hakimi.

Kejohanan Olahraga Tahunan SHAKS 2012 telah dirasmikan oleh..........
Majlis Penyampaian Hadiah telah dijalankan pada pukul 12.00 tengah hari. Dan untuk tiga hadiah utama yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar ialah hadiah perbarisan, maskot dan hiasan khemah.

Johan acara perbarisan - Rumah Wira
Johan Maskot – Rumah Putra
Johan Hiasan Khemah – Rumah Perdana

Tahniah diucapkan kepada rumah sukan yang telah memenangi tiga acara utama ini.
Dan untuk tempat keseluruhan pula adalah,

Tempat keempat- Rumah Perdana
Tempat ketiga- Rumah Waja
Naib Johan- Rumah Putra
Johan Kesuluruhan- Rumah Wira

Tahniah sekali lagi kepada rumah Wira yang telah diketuai oleh Puan.... dan untuk Ketua Rumah Sukan bagi pelajar pula ialah Muhammad Shahrin, 5 Ibnu Abbas. Tahniah dan syabas! Ingatlah menang kalah adat pertandingan  Tahun depan cuba lagi!
persiapan pada malam#
itu dia semangat rumah wira! AUMMM!
 ''WIJA'' gabungan bagi rumah Waja dan Wira,, pada hari tersebut~ :)

Perdana membawa tema PORORO
pembawa sepanduk bagi rumah perdana, Khairul Idham dan Nazmi
maskot Spiderman dan Ironman buatan ahli rumah Putra yang berjaya menggondol tempat 1!





WI|Pers~ SUKMA






Sukan Malaysia tahun ini telah diadakan di Pahang. Shaks telah mewakili penyokong Wilayah Persekutuan ''Wipers" bagi sukan ini menyokong bermula pada 1 Julai hingga 16 Julai akan datang. Pasukan sorak sekolah kita begitu bersemangat bersorak dan melaungkan 'cheers' yang berlainan . Begitu gah nya cheers sekolah kita sehinggakan cheers kita juga dituruti oleh sekolah-sekolah lain! Hebatnya 'Cheerleaders' SHAKS!! 
Sekolah kita telah menghantar 30 orang daripada setiap form 1,2 dan 4. Setiap penyokong telah diuji bakat dahulu sebelum dibenarkan menyertai dalam pasukan sorak. Pelajar yang menyertai telah mendapat elaun sebanyak RM 35. Pakaian beserta kasut juga telah ditampung.











credit: Qistinaaqilah
Sekiranya Wipers berjaya menggondol tempat pertama, sekolah kita telah dijanjikan lawatan ke Putrajaya.Terima Kasih penyokong-penyokong SHAKS atas sokongan yang penuh bersemangat!





Saturday 14 April 2012

SHAKS Debate!

Assalamualaikumuwarahmatullahiwabarakatuh.
Terima kasih kerana sudi membaca SHAKSBITES, macam mana Ujian 2? Okay?
Dah lama rasanya tak ber-update blog ni, kali ni saya nak cerita pasal SHAKS Debate!


Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri Pahang.

Seperti yang diketahui  warga SHAKS, SMK Sultanah Hajjah Kalsom telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah Kuantan. Kita telah mengalahkan SMK Abdul Rahman Talib pada peringkat separuh akhir dan saudari Fatehah Roslan telah mencapai anugerah pembahas terbaik pada peringkat ini. Seterusnya, pada peringkat final SHAKS telah bertemu SMK Bukit Rangin (SMKBR) dan sekali lagi Alhamdullillah usul dewan pada hari itu ditolak. Pada peringkat ini saudara Wan Muhammad Ashraf telah mendapat anugerah pembahas terbaik. Tahniah diucapkan!
-------------------------------------------------------------------
Pada tanggal 2 April-5 April 2012, pihak sekolah telah menghantar seramai 5 orang pembahas wakil SHAKS sekaligus wakil Kuantan untuk bertanding bagi peringkat negeri di SMK Gali, Raub. Tak lupa juga guru pengiring yang tidak pernah putus asa, Datin Normadiah bersama Puan Roihanah.


Yang Amat Berhormat sekalian.
Untuk pusingan kelayakan, SHAKS telah bertemu SMK Sulaiman dari daerah Bentong. Usul dewan pada waktu itu adalah, Kegiatan Kokurikulum Menjadi Pemangkin Kecemerlangan Pelajar. Setelah diundi oleh ketua kumpulan, Wan Muhammad Ashraf, SHAKS telah mendapat KERAJAAN. Setelah dikuarantin selama 1 jam,  SHAKS bertemu SMK Sulaiman di dewan persidangan. Alhamdulillah, usul dewan pada hari itu telah diterima oleh para hakim bersama isi dewan.

Seterusnya, SHAKS bertemu dengan SMK Keratong dari daerah Rompin untuk pusingan suku akhir. Usul yang dikeluarkan pada hari itu, Program Kitar Semula Mampu Meningkatkan Kesedaran Terhadap Alam Sekitar. Setelah saudara Ashraf mencabut undi, SHAKS telah mendapat undi sebagai PEMBANGKANG. Tugas mereka adalah untuk meminda usul dewan kepada Program Kitar Semula Tidak Mampu Meningkatkan Kesedaran Terhadap Alam Sekitar. Alhamdulillah, SHAKS menang sekali lagi! Usul dewan telah ditolak! Tidak lupa, untuk pusingan suku akhir ini, saudara Wan Muhammad Ashraf telah menggondol anugerah Pembahas Terbaik! Tahniah buat beliau!

Pada pusingan separuh akhir, SHAKS telah bertemu SMK Clifford dari daerah Kuala Lipis di bawah tajuk Sekolah Berprestasi Mampu Meningkatkan Institusi Pendidikan Negara. Setelah mencabut undi, SHAKS sekali lagi mendapat gelaran KERAJAAN. Alhamdulillah SHAKS telah menang untuk pusingan kali ini sekaligus bermaksud SHAKS layak ke final! Dan satu lagi berita gembira untuk warga SHAKS, saudara Haziq Abdullah kita telah mendapat anugerah Pembahas Terbaik pada pusingan ini. Tahniah buat saudara Haziq!


Pada pusingan final, SHAKS telah bertemu dengan SMK Ahmad dari daerah Pekan. Memang padan untuk pusingan final, perlawanan SHAKS vs SMK Ahmad sungguh sengit. Bukan saja dapat dirasakan oleh pembahas yang berada di atas pentas tapi juga bagi penonton yang berada di dalam dewan. Usul yang dikeluarkan adalah Pertumbuhan Ekonomi Negara Bergantung kepada Tenaga Buruh Asing. SHAKS telah mendapat KERAJAAN.

Keputusan pertandingan telah menyatakan bahawa usul dewan yang dikeluarkan telah ditolak. Ini bermakna SMK Ahmad telah menggondol gelaran juara. Walaubagaimanapun, tahniah buat pasukan bahas SHAKS, Datin Normadiah dan Cikgu Roihanah kerana telah mendapat Naib Juara. Ini adalah rekod sekolah! Syabas diucapkan!


Dan di kesempatan ini, saya wakil pasukan bahas SHAKS sendiri ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong kami secara langsung atau secara tidak langsung. Terutama yang sentiasa mendoakan kejayaan kami!

Yang didahulukan, pengetua SHAKS, Tuan Haji Abdul Rahim yang tidak lokek dengan kata semangat dan doa beliau! GPK Kokurikulum, Puan Tuan Sharifah Rashidah dan Encik Khairul Zukri, GPK HEM.Terutamanya kepada Datin Normadiah dan Puan Roihanah yang sentiasa korbankan masa dan tenaga untuk membantu kami serta guru panitia Bahasa Melayu, Puan Zainurah dan Puan Sabariah. Seterusnya,Puan Suharti dan Puan Wan Samihah yang membenarkan kami berkampung di Pusat Sumber Sekolah dan Bilik PPSMI untuk membuat persediaan pertandingan bahas.

Tidak lupa buat, Encik Kamal yang membawa kami ke Raub tanpa sebarang keluhan. Walaupun terpaksa meninggalkan Kuantan selama 4 hari, terima kasih ya Encik Kamal! Seterusnya guru-guru yang sentiasa menyokong kami dan cakna terhadap perkembangan pasukan bahas ketika kami di Raub. Dan akhir sekali, tidak lupa kepada rakan-rakan yang sentiasa memberi kata semangat dan yang sentiasa berdoa agar SHAKS sentiasa di hadapan! Agar Kuantan sentiasa di hadapan!

Akhir sekali, diharapkan kejayaan ini menjadi satu tonggak kepada warga SHAKS yang lain untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang terutama dalam kurikulum dan kokurikulum. Seterusnya kejayaan ini diharapkan mendapat sambutan buat pelajar yang lain untuk cemerlang sekaligus menaikkan nama, SMK Sultanah Hajjah Kalsom! Insya-Allah.

Semoga bertemu di lain entry, waslam.





Saturday 17 March 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Hari yang ditunggu-tungukan sudah tiba...
''Sambutan Kelahiran Rasulullah S.A.W!!''

Di pagi hari yang indah ini,SHAKS telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan gemilangnya! Pada awal pagi, pelajar telah diminta berkumpul di hadapan surau sebagai persediaan sebelum perarakan. Perarakan ini bukan sahaja disertai oleh guru,malah pengetua serta para jemaah dari Damansara! Ha! Betapa meriahnya sambutan pada tahun ini. Sehinggakan jiran kita di Damansara pun mahu bergabung bagi perarakan Maulidur Rasul. Inilah menunjukkan kekuatan dan keutuhan umat Rasulullah yang begitu cintanya terhadap Rasulullah S.A.W!

Terima kasih diucapkan kepada para pelajar serta guru yang membantu menjayakan majlis sambutan ini. Begitupun trek sepanjang 5.5 km,namun pengetua , guru-guru SHAKS serta Pak Cik Kamal masih gah berarak mengikuti pelajar walau usia makin meningkat. Perarakan ini dijalankan mengikut unit beruniform masing-masing. Ekoran itu, setiap unit bakal bersaing untuk mendapatkan mata/point bagi unit masing-masing dalam perarakan tersebut. Dari segi aspek nilai kerjasama,pakaian,banner serta kekemasan juga diambil kira. Berikut merupakan babak-babak perarakan tersebut berlangsung. 



Selanjutnya,sambutan ini diteroskan lagi dengan ceramah dari ustaz jemputan luar. Ceramah tersebut adalah secara 'live' melalui saluran radio. Pelbagai hadiah disediakan bagi pemenang kuiz serta perarakan sambutan ini. Dengan ini saya akhiri entry kali ini.