Pages

Thursday 16 February 2012

MERENTAS DESA


Bertemu kita kembali dalam Hari Sukan SHAKS,iaitu merentas desa! Para pelajar begitu 'excited' untuk bergiat dalam salah satu acara sukan sekolah ini. Sesi latihan merentas desa telah diadakan seminggu yang lalu.

Pada awalnya, beberapa taklimat diberikan oleh Cikgu Haryatee,Sir Arman,Cikgu Wan Kamarul,Ustazah Naimah dan sebagainya di mana membincangkan perkara yang harus dan tidak patut dilakukan semasa merentas desa. Taklimat yang ringkas dan lancar serta demonstrasi yang bermanfaat telah diberikan.



Bagi setiap checkpoint telah ada guru bagi memastikan para pelajar mengikuti perjalanan yang sepatutnya. Pelajar dilepaskan mengikut 2 kategori; A(terdiri daripada upper form) dan B(terdiri daripada lower form). Trek larian telah ditetapkan seperti tahun-tahun yang sudah. Usai regangan dilakukan,maka bermulalah detik-detik  pelajar yang menyertai merentas desa. 


Pelajar lelaki dilepaskan terlebih dahulu memandangkan trek yang dipanjangkan sebanyak 2.3 km daripada pelajar perempuan. 

Trek sebenar bagi perempuan ialah 3.3 km manakala pelajar lelaki 5.5 km. 

Untuk mengelakkan berlakunya regangan otot,para pelajar telah diminta membuat 'cooling down' selesai garisan penamat. Hal ini kerana tanpa regangan otot dilakukan,maka akan ada lemak yang terkumpul di bahagian-bahagian tertentu yang boleh menyebabkan para pelajar mengalami kejang sama ada di kaki,lengan,paha dan sebagainya. 

Para pelajar juga diminta untuk berwaspada ketika melalui trek sepanjang Damansara tersebut kerana dikhuatiri bakal berlaku kemalangan sekiranya terlepas pandang.

THE DAY! :)
 


Seperti yang sedia maklum, para pelajar berusaha untuk mendapatkan mata tertinggi bagi rumah sukan yang mereka wakili. Antaranya, PUTRA, WAJA, PERDANA & WIRA! :)

Tapi, tidak mengapa. Kita harus ingat, "Menang kalah adat pertandingan!"

Apa-apa pon, MAJU SUKAN UNTUK SHAKS!

SHAKS ATTACK!!