Pages

Friday 11 November 2011

Lawatan ke Petrosains

Assalamualaikum.

Tepat pada jam 7.30 pagi para pelajar yang terpilih telah berkumpul untuk bersiap sedia ke Pusat Petrosains . Seramai 40 orang pelajar telah mengikuti lawatan ini. Sejajar dengan moto Petrosains iaitu 'Learning For Life' , para pelajar melawat di samping mempelajari sesuatu yang baharu. Sebaik sahaja tiba di sana, sedikit sebanyak taklimat telah diberikan oleh Pak Cik Uda. Berselang-seli dengan jenakanya yang tidak kering gusi, taklimat yang diberikan diberi perhatian sepenuhnya oleh para pelajar dari 4 buah sekolah,iaitu SMK Sultanah Hajjah Kalsom, SMK Seri Mahkota,SMK Seri Paching, dan SMK Semambu.

Kemudian,para pelajar diberi 10 soalan untuk dijawab dalam masa 30 minit. Pelajar dibenarkan mencari maklumat yang keberangkalian berkaitan di dalam pusat petrosains tersebut. Guru-guru juga turut membantu pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Di samping mencari jawapan,banyak perkara baru telah pelajar dapati di sana.

Usai menjawab soalan,pelajar diminta berkumpul kembali untuk melihat beberapa 'Magic Show' yang diberikan oleh penaja tersebut. Pelajar-pelajar teruja dan mengagumi persembahan diberikan. Lawatan tersebut berakhir dengan sesi penyampaian hadiah bagi 10 orang yang mendapat jawapan hampir tepat daripada 10 soalan yang diberikan. rekod tertinggi dipegang oleh 2 orang pelajar dari berlainan sekolah,iaitu sebanyak 9 markah daripada 10 markah. 

Pak Uda memberi taklimat
sedikit daripada 'Magic Show'