Pages

Thursday 3 November 2011

Membuat Kraftangan

Assalamualaikum, salam satu Malaysia.
Membuat kraft tangan??
Mesti anda semua tertanya-tanya pelajar sekolah SHAKS ni nak buat kraftangan yang macam mana ye??

HAH, sebab tu kami nak kongsi dengan kalian semua. Baru-baru ini,pelajar sekolah SHAKS iaitu pelajar tingkatan 3 tidak melepaskan peluang untuk membuat jahitan sulam bermanik. Kami telah disediakan dengan pelbagai jenis manik yang berbeza-beza warnanya. 

Semua pelajar tidak sabar untuk mempelajari jahitan tersebut. Al-maklumlah, sekarang sudah menjadi trend pada zaman ini untuk memakai baju kurung yang dijahit manik padanya. Cikgu Norlita merupakan antara guru yang mengajar kami untuk menjahit manik ini. Beliau mengajar kami cara-cara membuat bunga dengan menggunakan manik yang telah disediakan. Hanya berbekalkan manik yang asas,dapat kami tampilkan corak-corak bunga yang menarik.

Beliau juga mengajar kami membuat pelbagai corak yang menarik seperti membuat rama-rama, pepatung, daun, bunga kecil dan sebagainya. Caranya sangat mudah dan senang untuk dijahit. Kami berasa sungguh seronok kerana dapat mempelajari cara-cara untuk menjahit manik tersebut. Inilah salah satu kelebihan yang ada pada SHAKS iaitu sesi pembelajaran sedikit sebanyak berkaitan dengan ERT. Jahitan Cikgu Norlita sangat cantik sehingga kami berasa terpukau akan jahitannya yang teliti dan halus itu. Kami baru sahaja belajar persis bak mutiara:

       Buah cempedak diluar pagar,
      Ambil galah tolong jolokkan, 
Saya budak baru belajar,
       Kalau salah tolong tunjukkan.

Setelah beberapa jam kemudian, telah kami siap menjahit. Hasilnya sangat memberangsangkan kami. Kami sungguh gembira kerana dapat menghasilkan satu jahitan yang cantik. Dengan adanya pembelajaran mengenai jahitan sulam bermanik ini memberikan satu cabang kepada kami di dalam bidang kesenian. Kami amat berterima kasih kepada Cikgu Norlita atas usaha dan bimbingan serta dorongan guru penyelaras untuk kepentingan kami. Kami berasa sangat gembira kerana segala titik peluh kami mendapat hasil yang memuaskan! 

Di sini merupakan antara hasil jahitan para pelajar:






Itu sahaja dari kami, 
Sekian terima kasih.