Pages

Wednesday 2 November 2011

Pertandingan congkak

Assalamualaikum , salam satu Malaysia..

Pada hari ini, pelajar SHAKS telah mengadakan pertandingan congkak dan chess. Pertandingan tersebut bertempat di foyer sekolah kami. Ramai yang menyertai dalam acara ini. Sama juga seperti perlawanan congkak pada hari Usahawan Muda ,setiap pemain hanya dibenarkan untuk bermain mengikut masa yang ditetapkan.

Pada awalnya, setiap pemain hanya dibenarkan untuk bermain selama 5 minit. Mata yang terkumpul sepanjang 5 minit tersebut akan direkodkan oleh para pengadil. Penonton turut bersorak untuk pemain yang mereka sokong. Tidak kurang juga semangat Mrs.Chua untuk berlawan dengan murid-murid dalam masa yang terhad. Pelbagai teknik dan strategi yang unik diberikan oleh setiap pemain. Di sinilah, dapat kita buktikan bakat terpendam pelajar SHAKS di samping memartabatkan permainan tradisional!

Untuk minit seterusnya,para pemain hanya diberikn masa sebanyak 3 minit untuk mengumpul guli dan seterusnya mengalahkan para lawan. Di peringkat ini hanya 10 orang yang berjaya memasuki 2nd round. Dalam masa yang terhad ini dapat kita lihat betapa ligatnya tangan para pemain bermain congkak.

Perlawanan akhir juga diberikan masa sebanyak 3 minit. Di sini dapatlah kita lihat bakal pemenang bagi pertandingan yang tidak kurang sengit juga. Kebiasaannya,hanya pelajar perempuan yang menyertai aktiviti sebegini,namun, pelajar lelaki juga turut serta dalam pertandingan ini. Bagi pusingan akhir ini, 4 pemain yang layak bertanding iaitu 3 orang perempuan dan seorang lelaki. 

Pertandingan berakhir dengan lancar dan pemenang juga dapat kita lihat. Hadiah telah diberikan kepada pelajar sebaik sahaja pertandingan berakhir.  Para pelajar yang memenangi pertandingan tersebut gembira kerana menyertai petandingan congkak tersebut di samping memenangi key-chain 1 Malaysia serta pengalaman yang berharga.

foyer SHAKS ; tempat pertandingan berlangsung
congkak