Pages

Saturday 31 December 2011

Selamat Pulang ke SHAKS

Assalamualaikum, Salam Satu Malaysia, Salam SHAKS untuk semua yang membaca entry SHAKS pada kali ini.

Sudah tentu ramai pelajar-pelajar SHAKS yang sedang sibuk mengemas barang untuk pulang ke asrama pada hari esok, dan ada juga pelajar yang last minutes shopping di samping menghabiskan sisa-sisa masa bersama orang yang tersayang.

Pasti ramai yang sudah tahu masa untuk balik kerana surat sudah diedarkan sebelum cuti sekolah bermula. Untuk yang belum tahu, atau yang buat-buat tak tahu dan kepada yang masih ragu-ragu, di sini ada pengesahan daripada pihak pengurusan SHAKS sendiri,,di ambil daripada FACEBOOK SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM.


Diharap semuanya akan berjalan dengan lancar. Kerjasama anda amatlah dihargai. Bagi sesiapa yang terfikir hendak balik lewat, sila batalkan niat anda kerana tindakan tegas akan dikenakan. Sila pakai pakaian yang lengkap sebagaimana anda hendak pulang ke asrama.

Sekian sahaja, Assalamualaikum. 

Thursday 22 December 2011

Keputusan PMR SHAKS 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, readers.

Saya harap semua calon PMR yang sedang membaca entry kali ini berpuas hati dengan keputusan masing-masing. Insya-Allah.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi keputusan calon PMR 2011 telah menaikkan lagi nama sekolah pada tahun ini. 


Seperti yang telah diketahui umum, keputusan PMR akan diumumkan pada tarikh 22 Disember 2011 di sekolah masing-masing. Manakala di SHAKS, calon-calon PMR bersama ibu-bapa masing-masing sudah mula berkumpul di Dewan Abu Bakar As-Siddiq seawal pukul 9 pagi. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada ibu-bapa yang banyak menyokong dan sungguh bersemangat untuk menghadiri majlis pada hari ini.

Pada pukul 10.30 pagi, ibu-bapa dan pelajar sudah mula membanjiri Dewan Abu Bakar As-Siddiq. Seterusnya pada jam 11.15 pengetua SHAKS, Tuan Haji Abdul Rahim memulakan ucapan beliau dengan berita buruknya dahulu iaitu, "Sebagai sekolah kluster, kita tidak berjaya mendapatkan GPS sebanyak 1.0, kita hanya berjaya mendapat GPS sebanyak 1.11 sahaja."

Seterusnya, beliau mengumumkan bahawa seramai 64/106 calon berjaya mendapat straight A! Tahniah kepada semua calon yang berjaya lulus dengan cemerlang! Dan yang paling menakjubkan kesemua calon yang cemerlang datangnya daripada kelas yang berbeza-beza! :D

Dan saya ingin berkongsi satu ayat yang saya terima daripada seorang sahabat yang mungkin saya ingat sampai bila-bila,
"Bila kita berjuang tiada kaitan dengan kelas mana kita duduk, yang penting kita belajar rajin-rajin, usaha sama-sama dengan rakan yang lain, yang penting SPM menunggu kita. Kita boleh buat di SPM nanti, Insya-Allah."

Tapi kepada pelajar yang tidak mendapat keputusan yang diinginkan, 

Ini bukanlah penghujungnya! Its not the end of the world! Bersyukurlah dengan apa yang kalian dapat. Mungkin keputusan PMR pada hari ini boleh dijadikan satu cabaran untuk anda terus bangun berjuang untuk mendapatkan yang terbaik dalam SPM 2013! Insya-Allah :) Dan jangan sesekali menyalahkan takdir, guru atau pun diri sendiri kerana ini sudah ditentukan oleh Allah. Sentiasa berdoa kepadaNya dengan rasa rendah diri dan Insya-Allah, Allah akan membantu, kejayaan pasti akan jadi milik anda suatu hari nanti.


Pihak sekolah amat berterima kasih kepada guru-guru PMR SHAKS yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk mengendalikan kelas anjal yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Masa yang sepatutnya digunakan bersama keluarga telah diluangkan untuk berkongsi maklumat berkongsi kemahiran dengan calon-calon PMR. Terima kasih banyak-banyak :')


---------------

Apa respons pihak sekolah untuk result yang membanggakan ini?


Jadi apa pula respon pelajar tingkatan 3 SHAKS pada hari ini?


Sharifah Fadhilah - 9A
Syahirah - 9A


Nur Atiqah - 9A

Aziemah - 9A

Ivanna Natasha - 9A

Irfan Suffian - 8A
Ku Nur Amerlia - 7A

Nur Liyana - 7A
Khairi Hamidi - 7A





 










Tuesday 20 December 2011

Keputusan PMR.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,readers semua.

Sudah sekian lama blog ini menyepi tanpa sebarang kata. Dalam kesibukan pelajar-pelajar SHAKS bercuti sekolah ada lagi yang masih runsing memikirkan hal persekolahan. Bagi pelajar Tingkatan Lima, kertas periksa yang terakhir merupakan satu titik permulaan untuk mereka berganjak ke alam baru. Namun mereka masih lagi digelar SHAKSIANS dan kedatangan mereka ke SHAKS sangat dialu-alukan. Mereka masih lagi membawa nama SHAKS dan pesanan untuk mereka, jagalah nama baik SHAKS di luar sana. 

Esok (22 Disember 2011) merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh guru-guru dan juga pelajar-pelajar Tingkatan Tiga SHAKS. Juga hari yang mendebarkan bagi mereka. Semua penat lelah mereka, akan dibalas pada hari esok. Selalu saja ada pelajar Tingkatan 3 buat status dekat Facebook tentang perkara ini. Ada yang berdebar-debar, yang tak sabar nak tunggu hari esok, dan ada juga yang menceritakan tentang mimpi mereka tentang keputusan yang mereka dapat.

kepada pelajar tingkatan tiga, tabahkan hati dan redha dengan keputusan yang akan anda dapat pada hari esok. PMR bukanlah titik penentuan apa yang akan jadi suatu hari nanti. Cuma, PMR akan menentukan aliran apa yang bakal anda pelajari di tingkatan 4.

Buat teman-teman Tingkatan 3, Kita dah lakukan yang terbaik, kita dah usaha yang terbaik, Insya-Allah, Allah itu Maha Adil, ganjarannya nanti mesti setimpal dengan usaha kita. Sekiranya di saat ini masih lagi rasa tidak tenteram, anda boleh lakukan ini.

 Dan ini seterusnya nasihat yang saya minta dalam kumpulan Majlis Ilmu di Facebook.


Saya harap ini dapat membantu ^^

"Ya Allah Yang Maha Mengetahui, kau kurniakanlah aku kejayaan setanding dengan usahaku dalam menghadapi peperiksaan PMR ini Ya Allah. Kejayaan ini aku perlukan sebagai hadiah kepada ibu-bapa aku Ya Allah. Kejayaan ini aku perlukan untuk membalas jasa guru-guru yang banyak korbankan masa dan tenaga. Yang tidak penat tidak jemu mengajar kami Ya Allah. Ya Allah kau kurniakanlah aku serta rakan-rakan seperjuangan kejayaan dalam peperiksaan ini Ya Allah. Hanya kepadaMu kami meminta, hanya kau pemberi rezeki Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin."



Pukul 9am-10am pendaftaran majlis.
Pukul 11am majlis pengumuman akan dibuat oleh pengetua.
Pakaian:Baju sekolah lengkap.

Jumpa esok ya, rakan?

Sekian sahaja dari saya, waslam.