Pages

Friday 18 November 2011

Minggu Bahasa

Assalamualaikum semua!

Setiap minggu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, dan tibalah masanya hari Minggu Bahasa! Cikgu Zainurah dan juga Cikgu Siti Fatimah sebagai guru yang membimbing pelajar pada minggu bahasa ini. Bukan sahaja murid-murid yang komited dalam program ini malah guru-guru juga turut serta komited demi memastikan para pelajar menjalani program ini. 

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah, eksplorasi bahasa,kuiz, deklamasi sajak/puisi dan pidato, drama komsas F4 dan sebagainya. Pelajar-pelajar amat teruja ketika program ini dijalankan. Program ini banyak memberikan manfaat kepada para pelajar memandangkan program yang dijalankan menguji minda, fizikal, semangat kerjasama, toleransi antara pelajar dan juga kemahiran individu. Ekoran itu,amatlah wajar program seperti ini dijalankan!

Sudah menjadi adat dalam sesuatu pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. Justeru, meskipun tidak bejaya memenangi hadiah dan ganjaran namun sedikit sebanyak pengalaman sepanjang program ini amatlah dihargai. Melalui program ini, hubungan antara pelajar dengan pelajar bertambah erat ekoran aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan. Guru-guru yang terlibat di dalam program Minggu Bahasa ini juga sanggup mengorbankan masa di rumah mereka semata-mata keseronokan para pelajar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zainurah,Cikgu Siti Fatimah dan kaunselor SHAKS Cigu Saniza.

Bahasa Isyarat

 nur liyana bertungkus-lumus memberika bahasa isyarat kepada rakan sekumpulan




Eksplorasi Bahasa



 pelajar berkumpul mengikut kumpulan di tempat yang mereka pilih


 pentingnya kerjasama . Hmm.

 Cikgu juga tumpang bersuka ria menanda jawapan pelajar :)


 reaksi pelajar ketika menunggu jawapan bagi satiap point ditanda guru.

Monday 14 November 2011

Bengkel dan Pertandingan Bot Laju

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ini sekolah SHAKS telah mengadakan Bengkel dan Pertandingan Bot Laju. Penyertaan bagi bot laju tersebut ialah seramai 40 orang yang dipilih daripada setiap tingkatan. Bengkel tersebut dibahagikan kepada 2 kategori iaitu,kategori A dan B. Bengkel mengenai bot laju terlebih dahulu diberikan sebelum pertandingan tersebut dimulakan.

pelajar menghayati bengkel Bot Laju

Setiap pelajar diberi masa sebanyak 40 minit untuk menyiapkan reka bentuk bot yang bakal dipertandingkan   kendian>> Pelbagai bentuk rekaan telah dibina oleh pelajar mengikut kekreatifan sesebuah kumpulan. Bagi sesebuah kumpulan hanya dianggotai seramai 2 orang dan masing-masing diberikan alat-alat untuk memotong,menlas, mengglu dan sebagainya. Banyak maklumat telah kami dapat daripada bengkel dan pertandingan ini. Meskipun,ada kumpulan yang tidak dapat melayakkan kumpulan mereka ke peringkat separuh akhir, akan tetapi kami tetap berasa gembira kerana dapat menimba pelbagai pengalaman yang baru . Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada facey2 yang telah menjayakan pertandingan ini!

Sedikit sedutan mengenai perkembangan bot laju.




Saturday 12 November 2011

Sijil Penilaian Malaysia.

Assalamualaikum w.b.t.

Good Luck to all the SHAKS, SPM candidates.

Semoga anak-anak didik yang lahirnya pada tahun 1994 ini bakal membawa naik nama sekolah di dalam daerah Kuantan. 

Semoga Sukses! :)

Friday 11 November 2011

Lawatan ke Petrosains

Assalamualaikum.

Tepat pada jam 7.30 pagi para pelajar yang terpilih telah berkumpul untuk bersiap sedia ke Pusat Petrosains . Seramai 40 orang pelajar telah mengikuti lawatan ini. Sejajar dengan moto Petrosains iaitu 'Learning For Life' , para pelajar melawat di samping mempelajari sesuatu yang baharu. Sebaik sahaja tiba di sana, sedikit sebanyak taklimat telah diberikan oleh Pak Cik Uda. Berselang-seli dengan jenakanya yang tidak kering gusi, taklimat yang diberikan diberi perhatian sepenuhnya oleh para pelajar dari 4 buah sekolah,iaitu SMK Sultanah Hajjah Kalsom, SMK Seri Mahkota,SMK Seri Paching, dan SMK Semambu.

Kemudian,para pelajar diberi 10 soalan untuk dijawab dalam masa 30 minit. Pelajar dibenarkan mencari maklumat yang keberangkalian berkaitan di dalam pusat petrosains tersebut. Guru-guru juga turut membantu pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Di samping mencari jawapan,banyak perkara baru telah pelajar dapati di sana.

Usai menjawab soalan,pelajar diminta berkumpul kembali untuk melihat beberapa 'Magic Show' yang diberikan oleh penaja tersebut. Pelajar-pelajar teruja dan mengagumi persembahan diberikan. Lawatan tersebut berakhir dengan sesi penyampaian hadiah bagi 10 orang yang mendapat jawapan hampir tepat daripada 10 soalan yang diberikan. rekod tertinggi dipegang oleh 2 orang pelajar dari berlainan sekolah,iaitu sebanyak 9 markah daripada 10 markah. 

Pak Uda memberi taklimat
sedikit daripada 'Magic Show'







Friday 4 November 2011

Sedikit pengalaman untuk dikongsi.

Assalamualaikum w.b.t. Ahlan Wasahlan. Kaifa halukum?
Saya harap kalian semua sihat dan sentiasa gembira walaupun sudah masuk minggu peperiksaan bagi pelajar tingkatan 1 dan 2. Diharap semua pelajar sudah bersedia dan terus berjuang untuk mendapatkan yang terbaik! :)


Peperiksaan akhir tahun merupakan langkah pertama dalam menentukan di mana kedudukan pelajar pada tahun hadapan. Bagi pelajar tingkatan 2, sudah pasti terasa debaran kerana tahun hadapan mereka akan menduduki Penilaian Menengah Rendah(PMR). 


Para pelajar tingkatan 4 juga pastinya merasakan debaran untuk memasuki tahun 2012. Pernah saya diingatkan oleh Cikgu, ''Bila awak dah naik Form 4 nanti, ingat teruskan fokus! Jangan rasa waktu tu lah tahun awak honeymoon lepas PMR! Banyak benda yang awak kena faham bila naik Form 4. Kalau awak leka je waktu Form 4, nanti awak naik Form 5, merana nanti!'' 


Jadi, pesanan saya kepada rakan-rakan tingkatan 3, jangan leka bila kita dah sama-sama naik Form 4. Prestasi mesti meningkat okay? :) *pesanan untuk diri sendiri juga*

Setiap tahun,para pelajar 2AJ dan tidak kurang daripada kelas 2AF sendiri pastinya memikirkan sebegini, "Hm, aku nak ambil Arab ke tahun depan. Macam mana kalau result aku spoil kalau Arab aku tak A? Nanti hancur result aku. Hm, susah ni"


Sebenarnya bahasa Arab merupakan satu jenis bahasa yang sangat mudah bagi orang Islam. Bukankah Insya-Allah juga perkataan Arab? Bukankah kita bersolat dalam menggunakan bahasa Arab? Bukankah kita sentiasa mengucapkan salam yang bermaksud Sejahteralah ke atas kamu? Jadi, tiada susahnya. Think positive, selagi kita berusaha, Allah pasti akan membalas setimpal dengan apa yang kita telah usahakan. Bukankah itu janji Allah?



Pernah dengar tentang konsep D.U.I.T? Mesti pernah dengar kan? Tapi tak apa, saya boleh terangkan sekali lagi. 


D=Doa
U=Usaha
I=Ikhtiar
T=Tawakal


Berusahalah, berdoalah sebelum menghadapi ujian. Sekiranya ujian itu sedah tamat, bertawakallah kamu kepadaNya. Yakinlah kamu kepadaNya. Dan jangan kamu berhenti meminta kepadaNya.

Yakin dan taatlah kepada Allah. Sekiranya keputusan tidak memberangsangkan, yakinlah bahawa itu ujian daripada Allah untuk menguji teguhnya tiang keimanan hambanya. Sesungguhnya Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik. Renungkan fikirkan dan selamat beramal. Tepuk dada tanya iman! :)


 Sampai disini sahaja. Assalamualaikum.

Thursday 3 November 2011

Membuat Kraftangan

Assalamualaikum, salam satu Malaysia.
Membuat kraft tangan??
Mesti anda semua tertanya-tanya pelajar sekolah SHAKS ni nak buat kraftangan yang macam mana ye??

HAH, sebab tu kami nak kongsi dengan kalian semua. Baru-baru ini,pelajar sekolah SHAKS iaitu pelajar tingkatan 3 tidak melepaskan peluang untuk membuat jahitan sulam bermanik. Kami telah disediakan dengan pelbagai jenis manik yang berbeza-beza warnanya. 

Semua pelajar tidak sabar untuk mempelajari jahitan tersebut. Al-maklumlah, sekarang sudah menjadi trend pada zaman ini untuk memakai baju kurung yang dijahit manik padanya. Cikgu Norlita merupakan antara guru yang mengajar kami untuk menjahit manik ini. Beliau mengajar kami cara-cara membuat bunga dengan menggunakan manik yang telah disediakan. Hanya berbekalkan manik yang asas,dapat kami tampilkan corak-corak bunga yang menarik.

Beliau juga mengajar kami membuat pelbagai corak yang menarik seperti membuat rama-rama, pepatung, daun, bunga kecil dan sebagainya. Caranya sangat mudah dan senang untuk dijahit. Kami berasa sungguh seronok kerana dapat mempelajari cara-cara untuk menjahit manik tersebut. Inilah salah satu kelebihan yang ada pada SHAKS iaitu sesi pembelajaran sedikit sebanyak berkaitan dengan ERT. Jahitan Cikgu Norlita sangat cantik sehingga kami berasa terpukau akan jahitannya yang teliti dan halus itu. Kami baru sahaja belajar persis bak mutiara:

       Buah cempedak diluar pagar,
      Ambil galah tolong jolokkan, 
Saya budak baru belajar,
       Kalau salah tolong tunjukkan.

Setelah beberapa jam kemudian, telah kami siap menjahit. Hasilnya sangat memberangsangkan kami. Kami sungguh gembira kerana dapat menghasilkan satu jahitan yang cantik. Dengan adanya pembelajaran mengenai jahitan sulam bermanik ini memberikan satu cabang kepada kami di dalam bidang kesenian. Kami amat berterima kasih kepada Cikgu Norlita atas usaha dan bimbingan serta dorongan guru penyelaras untuk kepentingan kami. Kami berasa sangat gembira kerana segala titik peluh kami mendapat hasil yang memuaskan! 

Di sini merupakan antara hasil jahitan para pelajar:






Itu sahaja dari kami, 
Sekian terima kasih.

Wednesday 2 November 2011

Pertandingan congkak

Assalamualaikum , salam satu Malaysia..

Pada hari ini, pelajar SHAKS telah mengadakan pertandingan congkak dan chess. Pertandingan tersebut bertempat di foyer sekolah kami. Ramai yang menyertai dalam acara ini. Sama juga seperti perlawanan congkak pada hari Usahawan Muda ,setiap pemain hanya dibenarkan untuk bermain mengikut masa yang ditetapkan.

Pada awalnya, setiap pemain hanya dibenarkan untuk bermain selama 5 minit. Mata yang terkumpul sepanjang 5 minit tersebut akan direkodkan oleh para pengadil. Penonton turut bersorak untuk pemain yang mereka sokong. Tidak kurang juga semangat Mrs.Chua untuk berlawan dengan murid-murid dalam masa yang terhad. Pelbagai teknik dan strategi yang unik diberikan oleh setiap pemain. Di sinilah, dapat kita buktikan bakat terpendam pelajar SHAKS di samping memartabatkan permainan tradisional!

Untuk minit seterusnya,para pemain hanya diberikn masa sebanyak 3 minit untuk mengumpul guli dan seterusnya mengalahkan para lawan. Di peringkat ini hanya 10 orang yang berjaya memasuki 2nd round. Dalam masa yang terhad ini dapat kita lihat betapa ligatnya tangan para pemain bermain congkak.

Perlawanan akhir juga diberikan masa sebanyak 3 minit. Di sini dapatlah kita lihat bakal pemenang bagi pertandingan yang tidak kurang sengit juga. Kebiasaannya,hanya pelajar perempuan yang menyertai aktiviti sebegini,namun, pelajar lelaki juga turut serta dalam pertandingan ini. Bagi pusingan akhir ini, 4 pemain yang layak bertanding iaitu 3 orang perempuan dan seorang lelaki. 

Pertandingan berakhir dengan lancar dan pemenang juga dapat kita lihat. Hadiah telah diberikan kepada pelajar sebaik sahaja pertandingan berakhir.  Para pelajar yang memenangi pertandingan tersebut gembira kerana menyertai petandingan congkak tersebut di samping memenangi key-chain 1 Malaysia serta pengalaman yang berharga.

foyer SHAKS ; tempat pertandingan berlangsung
congkak